Dalam dunia muzik yang kian dipenuhi karya baharu saban minggu, sedikit sekali penyanyi yang benar-benar mampu meninggalkan kesan mendalam di hati pendengar. Namun, bagi Andmesh Kamaleng, setiap nota yang dilantunkan seakan menjadi penghubung antara cerita hidupnya dan jiwa peminat. Dan pada 14 Februari 2026, penyanyi yang terkenal dengan kejujuran dalam lagu-lagunya itu bakal kembali merasai sendiri sambutan hangat rakyat Malaysia menerusi konsert “ANDMESH Love Story: Suara Dari Ketulusan Hati” di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Sejak mencuri perhatian sebagai juara Rising Star Indonesia 2017, Andmesh tidak mengejar populariti semata dia membawa misi: menyampaikan perasaan sebenar melalui suara. Itulah yang menjadikan namanya kekal relevan dan dicintai di Malaysia. Lagunya jarang gagal merentap emosi, malah sering menjadi runut bunyi kisah cinta, kehilangan dan rindu bagi ramai pendengar di rantau ini.
Hits seperti “Cinta Luar Biasa”, “Hanya Rindu” dan “Kumau Dia” bukan sekadar berjaya di carta ia menjadi lagu penawar, penguat semangat, dan kadangkala pengingat kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidup. Inilah kekuatan Andmesh: menyanyi bukan untuk didengar, tetapi untuk dirasai.
Berbeza daripada konsert-konsert sebelumnya, Andmesh menggambarkan “Suara Dari Ketulusan Hati” sebagai persembahan paling peribadi dalam kerjayanya setakat ini. Ia bukan hanya himpunan lagu popular, tetapi sebuah perjalanan muzik yang dirangka seperti membaca diari hidupnya daripada awal pembabitan hingga menjadi antara vokalis paling dihormati di Indonesia.
Menurutnya, Malaysia adalah tempat yang sentiasa memberikan energi tersendiri; sorakan dan nyanyian peminat menjadikan persembahan di sini berbeza daripada mana-mana negara lain.
Konsert ini juga dijanjikan hadir dengan susunan muzik baharu, kejutan khas serta momen eksklusif yang hanya akan dipersembahkan kepada peminat Malaysia seolah-olah hadiah istimewa buat mereka yang setia menyokong kerjayanya sejak awal.
Bukan rahsia lagi, peminat Malaysia sering menjadi antara penyokong terkuat Andmesh. Tiket persembahannya hampir selalu habis terjual, dan setiap venue dipenuhi nyanyian serentak yang menjadikan suasana bagaikan satu keluarga besar yang berkongsi perasaan yang sama.
Bagi Andmesh, Malaysia bukan sekadar lokasi konsert ia adalah titik penting dalam perjalanan karier, tempat di mana lagu-lagunya benar-benar hidup.

Tiket & Kategori
Tiket konsert boleh dibeli melalui Ticket2U dengan kategori tempat duduk dan berdiri seperti berikut:
Seating:
- VVIP – RM1,088
- Platinum – RM888
- Platinum Wing – RM728
- Diamond – RM688
- VIP – RM588
- Gold – RM458
- Diamond Wing – RM488
- Bronze – RM238
Standing:
- Silver – RM388
Konsert ini dianjurkan oleh DTC Entertainment Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terus komited membawa artis Nusantara bertaraf tinggi ke Malaysia. Track record mereka membuktikan dedikasi untuk memartabatkan persembahan berkualiti, sekaligus mengukuhkan hubungan muzik antara Malaysia dan Indonesia.



