Tinggalkan parti jika hilang percaya kepada Presiden Bersatu

KUALA LUMPUR – Ahli Bersatu menggesa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk Saifuddin Abdullah meninggalkan parti jika hilang kepercayaan terhadap Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan Harris Idaham Rashid menyifatkan desakan dibuat Saifuddin sebagai niat jahat bagi merosakkan parti, serta bermotifkan kepentingan peribadi dan kelompok tertentu.

“Serangan secara terbuka begini sudah pun menzahirkan niat dan motif di sebaliknya.

“Justeru, Armada Bersatu menggesa parti melalui lembaga disiplin mengambil tindakan tegas dan segera tanpa perlu menunggu aduan, siasatan dan pendengaran yang panjang.

“Lebih baik Saifuddin tinggalkan parti sekiranya hilang kepercayaan terhadap presiden,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, tiada individu lebih besar berbanding parti maka mereka yang mengulangi tingkah laku mengancam kestabilan parti dianggap sebagai pengkhianat dan harus disingkirkan segera.

Terdahulu, Saifuddin dilaporkan mendesak Muhyiddin melepaskan jawatan sebagai presiden Bersatu dengan mendakwa bekas perdana menteri itu sudah kehilangan kualiti kepimpinan, sebagaimana dimiliki ketika awal menubuhkan parti.

Katanya, cara Muhyiddin menguruskan kepimpinan tertinggi parti tidak lagi inklusif dan ia termasuk kegagalan dalam mengadakan mesyuarat MPT.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat