Amaran keras saja tak cukup, menteri begini kena pecat – Pas anggap hidang arak perkara sengaja

KUALA LUMPUR – Amaran keras Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dianggap tidak cukup untuk menunjukkan kerajaan serius susulan kontroversi yang tercetus berhubung isu hidangan alkohol semasa majlis makan malam sempena Global Travel Meet anjuran Tourism Malaysia.

Ketua Penerangan Pas Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, sikap dan tindakan menteri seperti King Sing wajar dipecat.

“Justeru, memberi amaran keras tidaklah cukup untuk menunjukkan kerajaan serius.

“Menteri sebegini wajib dipecat. Tapi kita semua tahu Perdana Menteri tidak akan melakukan demikian,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Menurut Fadhli lagi, isu hidangan arak ini ialah perkara asas.

Tegas beliau, sangatlah tidak masuk akal pegawai-pegawai tinggi dalam kementerian boleh terlepas pandang dalam isu ini.

“Dalam erti kata lain memang perkara ini disengajakan.

“Perkara 43(5) dan 43(2)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas dinyatakan bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan Menteri ialah di bawah Perdana Menteri di mana beliaulah satu-satunya individu di Malaysia ini yang boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat