Umno kilang pemimpin sebab itu kami tak pandai bergaduh, turun ke jalanan – Puteri Umno

KUALA LUMPUR – Umno tidak mendidik partinya untuk bergaduh apatah lagi turun ke jalanan ‘buat hal’.

Hal ini kerana Umno adalah ‘kilang’ yang melahirkan pemimpin, kata Ketua Puteri Umno Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi

“Umno bukan parti yang memerintah sebelum 2018, kita dah banyak parti, pecahan pun dah banyak.

“Tapi dalam keadaan macam ini kita kena bangga satu benda- Umno adalah parti yang melahirkan pemimpin dan hakikat itu tak boleh dinafikan.

“Mana parti pun tak leh cakap, sebab tengok semua parti dalam Malaysia ini semua dari kilang Umno.

“Sebab itu Umno kalau nak suruh bergaduh dengan orang dia tak pandai, nak suruh pegi jalanan nak buat hal dia tak pandai…
tapi kalau diberi peluang untuk memimpin, untuk mentadbir -Insya-Allah Umno boleh bawa,” kata Nurul Amal dalam audio siar Jam Kesebelas.

Beliau juga menegaskan bahawa pimpinan Umno tidak pandai menipu dan bercakap kosong.

“Umno tak pandai menipu, tak pandai cakap kosong- kami bukan dididik begitu,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat