AYIMUN ke-18 capai matlamat, himpun 1000 delegasi muda 45 negara

KUALA LUMPUR – Asia Youth International Model United Nations (AYIMUN) edisi ke-18 mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menghimpunkan lebih 1000 delegasi muda dari 45 negara dan sekali gus mencapai matlamatnya sebagai platform melahirkan pemimpin belia berkaliber di pentas antarabangsa.

Program berprestij bertaraf global itu berlangsung selama empat hari, bermula 29 Ogos hingga 1 September 2025 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur dengan tema “Fostering Diplomacy, Achieving Global Prosperity”.

Sejak diperkenalkan pada 2017, AYIMUN menjadi wadah penting untuk mengasah bakat kepemimpinan muda selain melatih kemampuan diplomasi, hubungan antarabangsa, penyelidikan, kemahiran berbahasa, debat dan pemikiran kritis.

Presiden Rangkaian Global Antarabangsa (International Global Network), Muhammad Fahrizal berkata, penganjuran kali ini menjadi bukti kukuh bahawa belia seluruh dunia semakin bersedia untuk memikul tanggungjawab kepimpinan masa depan.

“Melalui konferensi global, pelatihan, dan program antarabangsa, kita mencetak para pemimpin yang tidak hanya menunggu, tetapi membina masa depan.

“Dan kalian, para delegasi AYIMUN 18th, adalah bukti dari misi yang sedang dilakukan,” katanya.

Beliau menambah, AYIMUN bukan sekadar perbincangan ilmiah tetapi satu simulasi sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang memperlihatkan kebolehan belia berusia 11 hingga 25 tahun dalam membahaskan isu-isu global seperti pendidikan, kesihatan, ekonomi, keselamatan dan konflik antarabangsa.

“Apabila mereka melangkah ke dunia pekerjaan, mereka bukan sahaja perlukan kemahiran teknikal, tetapi juga komunikasi, pemikiran kritis, perundingan dan penyelesaian masalah.

“Program seperti ini membantu melengkapkan mereka dengan kemahiran tersebut,” jelasnya.

AYIMUN turut memberi pengiktirafan kepada delegasi terbaik melalui lima kategori utama iaitu Best Position Paper, Verbal Commendation, Honorable Mention, Outstanding Delegate dan Best Delegate. Penghargaan ini mencerminkan kemampuan peserta dalam berdiplomasi serta menyelesaikan isu dunia dengan berkesan.

Dengan kejayaan AYIMUN 18th di Kuala Lumpur, Rangkaian Global Antarabangsa bakal meneruskan kesinambungan program melalui Asia World Model United Nations (AWMUN) ke-12 yang dijadual berlangsung pada 10-13 Oktober 2025 di Bali, Indonesia, dan AYIMUN ke-19 di Bangkok, Thailand pada 21-24 November 2025.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat