MotorManiac 2025: Festival Automotif dan budaya yang bakal menggegarkan Rooftop Mytown KL

Sabtu, 6 September 2025 bakal menjadi tarikh keramat untuk seluruh komuniti automotif Malaysia apabila MotorManiac kembali dengan edisi terbesarnya di Rooftop MyTown Kuala Lumpur. Dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam, ruang parkir tertinggi pusat beli-belah ikonik itu akan bertukar menjadi sebuah medan budaya automotif dan gaya hidup yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Edisi 2025 menjanjikan pengalaman luar biasa bukan sahaja dengan lebih 600 kereta modifikasi dipamerkan di atas rooftop dengan latar panorama langit Kuala Lumpur, tetapi juga dengan sebuah hadiah istimewa yang bakal membuat pengunjung lebih teruja. Untuk pertama kalinya, tiga buah motosikal elektrik (EV Bike) akan menjadi rebutan dalam cabutan bertuah utama yang terbuka kepada setiap pembeli tiket. Lebih banyak merchandise rasmi dibeli, lebih tinggi peluang untuk menggenggam hadiah yang menjadi simbol masa depan automotif hijau ini.

Pengasas MotorManiac, Wan Mikhail Faizi atau Mike, menegaskan bahawa acara ini jauh melangkaui konsep car meet biasa.

Inti pati MotorManiac sentiasa lebih daripada sekadar kereta. Ia mengenai gaya hidup, budaya dan komuniti. Dengan menghimpunkan semuanya di satu rooftop berlatarbelakangkan langit Kuala Lumpur, kami mencipta sebuah festival sehari yang hidup dari pagi hingga tengah malam. ASTRA Cup dan rakan media global adalah bukti bahawa apa yang bermula sebagai gerakan tempatan kini mendapat sambutan di pentas dunia,” katanya.

Tahun ini, kelainan yang dibawakan cukup ketara. MotorManiac memperkenalkan Car Parade yang diinspirasikan daripada acara di Thailand, di mana deretan kereta berarak memasuki rooftop dengan penuh gaya. Barisan artis pula semakin mantap dengan kombinasi nama besar seperti ALYPH dan Eemrun bersama artis baharu yang membawa tenaga segar ke pentas rooftop. Tradisi ASTRA Cup juga diperbaharui dengan piala khas yang akan diukir nama juara setiap tahun, membina legasi yang akan dikenang dalam sejarah komuniti automotif Malaysia.

Keselamatan dan kelancaran acara turut diberi perhatian serius. Seluruh staf Bateriku dari seluruh Malaysia akan diturunkan bagi membantu kawalan crowd dan operasi lapangan, sebuah usaha besar yang membuktikan komitmen penuh syarikat induk ini dalam memastikan MotorManiac berlangsung dengan penuh teratur dan selesa untuk semua pengunjung.

Bagi peminat tegar, acara ini tetap menawarkan aktiviti ikonik yang menjadi tarikan setiap tahun. Dari King of Maniac Challenge hingga Car Limbo Contest, dari Mini Diecast Expo hinggalah konsert hip-hop rooftop yang berlanjutan hingga tengah malam, semuanya akan hadir dengan tenaga yang menggamit ribuan pengunjung. Tetapi tarikan terbesar pastinya tetap terikat pada tarikh 6 September dan janji sebuah peluang untuk membawa pulang hadiah impian  tiga buah motosikal elektrik yang akan dimenangi oleh pengunjung bertuah.

MotorManiac bukan lahir kosong-kosong. Ia bermula daripada Bateriku.com, syarikat peneraju nombor satu bantuan tepi jalan di Malaysia. Tetapi kenapa sebuah syarikat bateri mencipta festival automotif? Jawapannya mudah: Bateriku mahu berhubung dengan komuniti kereta, bukan sekadar menjual bateri. Mereka melihat potensi besar dalam dunia automotif sebagai satu budaya dan gaya hidup.

CEO Bateriku, Azarol Faizi bin Zakaria Ansari, menjelaskan bahawa misi mereka sejak awal bukan sekadar menukar bateri kereta, tetapi membina ekosistem automotif digital. Dari melatih lebih 500 teknisyen muda, membimbing 80 usahawan, membuka kedai dan mekanik bergerak di seluruh negara, hingga menubuhkan akademi sendiri untuk melahirkan mekanik bertauliah, termasuk dalam bidang EV.

“Kami nak anak muda kampung pun ada peluang jadi mekanik bergerak. Macam rider Foodpanda, tapi kali ini mereka bawa skil teknikal,” katanya dalam satu wawancara.

Visi inilah yang melahirkan MotorManiac  sebuah jambatan yang menyatukan industri, budaya dan komuniti automotif. Festival ini menjadi bukti bahawa Bateriku bukan sekadar perniagaan bateri, tetapi satu gerakan besar yang membina masa depan mobiliti Malaysia.

dapatkan tikat anda di MotoManiac

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat