Harris Tidak Direman, Suspek Lain Direman Melalui Laporan Polis Yang Dibuat Oleh Harris – Peguam

KUALA LUMPUR,– Peguam kepada Muhammad Harris Idaham hari ini menafikan sebarang dakwaan bahawa anak guam mereka direman pihak polis, sebaliknya mengesahkan seorang individu lain telah ditahan hasil daripada laporan polis yang dibuat Harris sendiri.

Firma guaman Hafidzuddin Yusoff Advocates & Solicitors dalam kenyataan menegaskan bahawa kandungan laporan polis bertarikh 28 Ogos 2025 yang tular di aplikasi WhatsApp adalah tidak benar serta bersifat prejudis terhadap Harris.

“Anak guam kami telah memberi kerjasama penuh kepada pihak polis bagi rakaman percakapan untuk membantu siasatan. Namun, beliau tidak pernah ditahan reman,” jelas kenyataan itu.

Menurut firma guaman tersebut, Harris sendiri telah membuat laporan polis berkaitan isu yang sama, dan hasilnya seorang suspek berjaya ditangkap awal pagi 29 Ogos 2025 sebelum direman untuk siasatan lanjut.

Pihak peguam turut memberi amaran bahawa sebarang cubaan menyebarkan fitnah dan tohmahan terhadap Harris akan berdepan dengan tindakan undang-undang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat