Diskaun Saman Trafik 50% Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia

PUTRAJAYA, – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia ke-62, Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan Kempen Diskaun Saman Kebangsaan dengan tawaran pengurangan saman trafik sebanyak 50%.

Kempen ini dilaksanakan dengan kerjasama MyDigital ID dan hanya sah untuk pembayaran melalui aplikasi MyBayar PDRM menggunakan log masuk MyDigital ID. Tawaran istimewa itu akan berlangsung bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif ini bukan sahaja sebagai langkah meraikan pencapaian negara, tetapi juga tanda penghargaan kerajaan kepada rakyat.

“Tawaran pengurangan saman ini adalah simbol penghargaan kerajaan kepada rakyat Malaysia, di samping menggalakkan penggunaan identiti digital nasional sebagai asas kepada transformasi digital perkhidmatan awam. Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengambil peluang ini, serta bersama-sama menyokong usaha kerajaan ke arah perkhidmatan yang lebih cekap, telus dan moden,” katanya.

Menurut KDN, pelaksanaan kempen ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh perkhidmatan digital negara dengan memperkenalkan MyDigital ID sebagai kaedah pengesahan identiti digital yang selamat, sekaligus mengurangkan risiko penipuan identiti serta penyalahgunaan maklumat peribadi rakyat.

Kerajaan menegaskan bahawa langkah ini adalah cerminan komitmen KDN dan PDRM untuk mengutamakan kesejahteraan rakyat, di samping mengangkat agenda digitalisasi negara seiring dengan semangat kemerdekaan dan kemajuan Malaysia.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat