“Jerayawara HONOR Magic V5” gegar Johor Bahru, hadiah RM114,000 dan diskaun hebat menanti!

Suasana di Mid Valley Southkey, Johor Bahru semakin meriah apabila jerayawara HONOR Magic V5 menjadi tarikan utama pencinta gajet sejak ia bermula baru-baru ini. Acara yang berlangsung sehingga 31 Ogos ini bukan sekadar memperkenalkan telefon boleh lipat paling nipis di dunia, malah hadir dengan pelbagai tawaran hebat, cabutan bertuah bernilai lebih RM114,000 dan pengalaman interaktif yang pastinya membuatkan pengunjung teruja.

Pengunjung yang hadir bukan sahaja berpeluang melihat dan mencuba sendiri kehebatan HONOR Magic V5, malah turut menikmati diskaun besar-besaran sehingga RM600 untuk pelbagai peranti pintar HONOR terkini. Antara model popular yang ditawarkan termasuk siri HONOR 400, Magic7 Pro dan X9c, selain pilihan tablet seperti HONOR Pad 10 dan Pad X9a yang sesuai untuk hiburan, pembelajaran mahupun kegunaan kerja harian.

Keseronokan acara ini semakin terasa dengan adanya cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan. Setiap pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 dalam satu resit akan layak menyertai cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah bernilai keseluruhan RM114,000. Pemenang bertuah boleh membawa pulang produk eksklusif seperti HONOR Pad 10, HONOR CHOICE Robot Cleaner R2 serta bagasi HONOR, manakala hadiah saguhati turut disediakan untuk memastikan lebih ramai pengunjung pulang dengan kenangan manis.

Tumpuan utama jerayawara ini pastinya pada HONOR Magic V5 yang kini dipasarkan pada harga RM6,999. Peranti ini dikenali sebagai telefon boleh lipat paling nipis di dunia dengan ketebalan hanya 4.1mm apabila dibuka, namun masih mengekalkan ketahanan dan prestasi yang luar biasa. Ia hadir dengan sistem kamera serba lengkap yang terdiri daripada Kamera Telefoto Periskop 64MP dengan kemampuan zum sehingga 100x, Kamera Utama 50MP serta lensa ultra lebar 50MP. Dikuasakan teknologi kecerdasan buatan, fungsi fotografi seperti AI Eraser, AI Outpainting dan AI Motion Sensing Capture membolehkan pengguna menghasilkan imej yang setanding jurufoto profesional.

Selain daripada aspek kamera, HONOR Magic V5 turut menampilkan prestasi berkuasa dengan penggunaan bateri Karbon Silikon 5820mAh, menyokong pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge serta dipacu cip pemproses Snapdragon 8 Elite generasi baharu. Dari segi ketahanan, ia dilengkapi skrin dalaman dengan teknologi bendalir bukan-Newtonian, skrin luaran NanoCrystal Shield yang tahan calar serta perlindungan IP58/IP59 bagi rintangan air dan debu. Semua ini menjadikan HONOR Magic V5 bukan sahaja nipis dan elegan, malah cukup tahan lasak untuk kegunaan harian.

Setiap pembelian HONOR Magic V5 juga lebih berbaloi kerana didatangkan dengan pakej hadiah percuma bernilai RM2,697 yang meliputi HONOR CHOICE Earbuds Clip, perlindungan retak tanpa risau selama setahun serta jaminan kualiti tanpa risau selama dua tahun. Lebih menarik, HONOR turut menyediakan program tukar beli di mana pengguna boleh menukar peranti lama mereka untuk menikmati rebat segera sebanyak RM400.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Johor Bahru, HONOR Malaysia akan meneruskan siri jerayawara ini ke lokasi seterusnya di Sunway Pyramid, Selangor bermula 15 hingga 21 September 2025. Di sana, lebih ramai pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman teknologi lipatan yang semakin menjadi trend global.

Jerayawara HONOR Magic V5 jelas membuktikan komitmen jenama ini untuk mendekatkan inovasi kepada rakyat Malaysia. Dengan gabungan tawaran menarik, hadiah lumayan dan teknologi telefon lipat yang serba canggih, ia bukan sahaja menjadi acara pameran produk, tetapi juga satu pengalaman teknologi yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V5 dan promosi terkini, orang ramai boleh melayari laman rasmi HONOR di www.honor.com/my.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat