PKR Terima Zafrul Bukti PH Tidak Peduli BN – ARMADA

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu mempersoalkan langkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima penyertaan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, dengan mendakwa tindakan itu bercanggah dengan pendirian UMNO yang sebelum ini menolak kemasukan bekas pemimpin parti tersebut.

Ketua Penerangannya, Harris Idaham Rashid berkata, UMNO melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pernah mengingatkan agar parti dalam gabungan kerajaan tidak mengambil Zafrul sebagai ahli bagi mengelakkan ketegangan dalam kerjasama politik.

“PKR tetap meluluskan penyertaannya walaupun telah diingatkan. Ini memberi isyarat jelas bahawa UMNO tidak berada di posisi dominan dalam kerajaan sedia ada,” katanya.

Menurut Harris, tindakan keluar UMNO oleh Zafrul juga membayangkan kelemahan parti itu dalam memenuhi aspirasi rakyat, sesuatu yang menurutnya dapat dilihat daripada keputusan pilihan raya umum dan negeri kebelakangan ini.

“Armada melihat PKR tidak mengendahkan amaran tersebut dan meneruskan untuk mengesahkan keahlian Tengku Zafrul.

“Tindakan ini adalah satu peringatan kepada UMNO bahawa mereka hanya penumpang dan bukan pemandu dalam kerajaan ini,” katanya.

Beliau turut menambah, hubungan politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak menunjukkan kestabilan jangka panjang, merujuk kepada situasi di Sabah di mana PH turut menjalinkan kerjasama berasingan dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun bersama BN.

“Dalam erti kata lain, PH tidak peduli apa yang berlaku kepada BN, asalkan PH selamat. Kesetiaan dan keikhlasan PH-BN hanya terhad untuk memastikan golongan di Putrajaya selesa dan dilindungi,” ujarnya.

Semalam, Tengku Zafrul yang memegang jawatan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengesahkan permohonannya untuk menjadi ahli PKR telah diterima, dan kini berdaftar di Cabang Ampang.

Beliau meninggalkan UMNO pada 30 Mei lalu selepas memegang jawatan dalam Majlis Kerja Tertinggi parti tersebut, sebelum mengumumkan hasrat menyertai PKR.

baca juga : Tengku Zafrul Sah Sertai PKR Selepas Tinggalkan UMNO

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat