SJKC Chung Hua Mohon Maaf, Janji Lebih Berwaspada Selepas Insiden Jalur Gemilang Terbalik

PORT DICKSON – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di kawasan sekolah itu yang berlaku pada Jumaat lalu.

Memetik laporan BERNAMA, pihak sekolah dalam satu kenyataan bersama melibatkan Lembaga Pengelola, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pengurusan sekolah, menyatakan rasa kesal terhadap kejadian tersebut yang disifatkan sebagai kecuaian tanpa disengajakan.

Insiden berlaku pada petang 1 Ogos, ketika seorang pekerja sekolah sedang memasang beberapa bendera menjelang tamat waktu bekerja. Tanpa disedari, salah satu bendera Jalur Gemilang dipasang secara terbalik.

“Pihak sekolah menerima makluman mengenai perkara itu sekitar pukul 5 petang dan segera mengambil tindakan membetulkannya,” kata pihak sekolah dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman rasmi Facebook SJKC Chung Hua Port Dickson.

Pihak sekolah turut mengakui bahawa insiden tersebut menimbulkan kekeliruan serta keresahan awam, terutama selepas gambarnya tular di media sosial.

Sebagai langkah penambahbaikan, SJKC Chung Hua memberi jaminan akan memperketat prosedur pemantauan, selain meningkatkan kewaspadaan dalaman bagi mengelak kejadian serupa berulang di masa depan.

“Kami akan terus menjalankan amanah pendidikan dengan integriti serta menghormati sepenuhnya simbol kedaulatan negara,” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat