KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar laungan reformasi yang didakwanya jauh menyimpang daripada maksud asalnya.
Beliau menyindir bertuahlah Malaysia, bukan sahaja undang-undang tidak diendah bercakap pun tak boleh.
Bekas Presiden Umno dan Bersatu mengingatkan bahawa negara kini tidak mempunyai Ketua Hakim bahkan bakal berdepan kekosongan jawatan 30 hakim.
“Negara tidak berketua hakim, negara juga akan kekosongan tiga puluh hakim.
“Apa sudah jadi? Tak pernah ini (situasi) berlaku.
“Konon ada kebocoran. Konon yang bocor tidak betul. Kalau tidak betul kenapa nak bertindak kepada pembocor…kot betul kot?
“Macam-macam tuduhan dibuat. Campur tanganlah, dan sebagainya. Betulkah?
“Tengok tangan sendiri, kotor atau tidak,” gesa beliau.
Negarawan itu juga mengkritik apabila kerajaan mendesak isu kehakiman tidak dipolitikkan.
“Hey, jangan politikan pilihan hakim kita disuruh.Jangan politikan addendum.
“Jangan politikan share MAHB. Jangan cakap berkenaan 3R. (Semuanya) jangan, jangan, jangan.
“Lekat plaster dimulut. Cucuk hidung, pasang tali heret ikut suka hati, ini sebahagian daripada reformasi.
“Rampas harta tanpa sebab juga reformasi. Masuk dalam tahanan tanpa charge juga reformasi.
“Tak pun di dewan bercakap (Parlimen). Digantung tanpa tali.
“Wow!! Reformasi memang great, jeritlah reformasi,” kritik Dr Mahathir.



