Junjung titah Agung, institusi pendidikan di Kuala Lumpur ditutup mulai 9 Oktober susulan jerebu

KUALA LUMPUR — Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diutamakan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Sehubungan itu, semua institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditutup mulai Jumaat, 9 Oktober 2026, dengan pembelajaran diteruskan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

JPWPKL dalam kenyataan hari ini turut menjunjung kasih atas keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap keselamatan dan kesihatan murid dalam menghadapi keadaan tersebut.

Menurut jabatan itu, penutupan berkenaan selaras dengan kenyataan media KPM bertarikh 8 Oktober 2026 dan dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen pemantauan Cheras serta Batu Muda setakat jam 2 petang tadi.

“Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh penutupan.

JPWPKL memaklumkan pihaknya bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa.

Tindakan susulan akan diambil berdasarkan perkembangan keadaan serta ketetapan yang ditentukan KPM.

Dalam masa sama, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa serta memberikan kerjasama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh jerebu.

“Keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa menjadi keutamaan JPWPKL,” menurut kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat