Pelantikan Nick Adams Satu Kelebihan Untuk Malaysia – Profesor Azmi Hasan

KUALA LUMPUR – Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan tampil dengan pandangan agak lain apabila mencadangkan Malaysia supaya menerima pelantikan penulis dan pengulas konservatif Nick Adams sebagai Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia.

Azmi menjelaskan rasional saranan beliau itu, katanya dengan sikap semberono Nick Adams Malaysia mempunyai nilai tambah jika bijak memanipulasi beliau.

Hal ini jelasnya, Nick Adams mempunyai hubungan langsung dengan Donald Trump tanpa perlu melalui tapisan dan karenah birokrasi State Department.

“Bila cakap semua pasal duta tu, ramai yang katakan kita tolak. Tapi bagi saya, kita terima Nick Adams. 

“Kenapa saya berkata demikian adalah Nick Adams tu mempunyai hubungan terus dengan Trump. Dia tak perlu melalui State Department. 

“Kebanyakan negara lain kalau duta laporan, dia kena pergi ke State Department, kena pergi ke Marco Rubio, entah sampai ke Trump ke tidak. 

“Tapi kalau kita pandai manipulasi Nick Adams, dia memang semberono. Memang very brash walaupun dia  memang dia pro-Zionist totok. Sebab itu kita nak tolak dia. Tapi kita terima dia kerana dia tak ada pengalaman diplomasi. Dia pengalaman politik sikit saja dan ketika dia jadi timbalan Datuk Bandar di salah sebuah bandar di Sydney dan dia mengatakan masa itu ada bird flu, dia kata dia nak haramkan semua burung merpati. Itu cara pemikirannya tahu. Kita boleh gunakan, kita boleh manipulate,” saran Azmi sewaktu sesi Podcast Jom Kesebelas edisi khas terbitan Suara.TV sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-58 pagi tadi.

Jelas Azmi, Malaysia akan meraih kelebihan hanya jika bijak memanipulasi Nick Adams

“Nick Adams, dia akan betul-betul terang. Maknanya sebulan sebelum dia nak buat tindakan itu, kita dah baca dah. Apa tindakan dia. 

“Jadi sebab itu saya katakan, buat apa nak sakitkan hati trump. Kalau kita tolak. Tak ada pasal, cari pasal. 

“Tengok Trump, kenapa dia beri Brazil 50 peratus tarif kerana dia tak suka rakan dia Bolsonaro dihadap ke mahkamah. 

“Dan ini (Nick Adams/0 calon dia, orang rapat dia, kita nak bangkang, memanglah cari pasal daripada 25 peratus, mungkin naik ke 50 peratus tarif. Kerana tarif itu, Trump dah kata, baru semalam dia katakan, I will use it for my personal use, for whatever use, I will use. Jangan,” ujar beliau.

Justeru Azmi menggesa agar Malaysia bersabar untuk tempoh 3 tahun lebih dengan Nick Adams sepanjang dia menjadi duta. 

“Kena bersabar 3 tahun lebih, sebab tu saya kata kan, saya pun tak faham kenapalah bising-bising. 

“Jadi harapan saya adalah kerajaan tak dengarlah bising-bising tu dan tidak membuat protes. 

“Kalau buat protes memang cari pasal. Sebab Republican Senate pun tak berani nak tolak. Ini kan kita Malaysia nak tolak-tolak pencalonan daripada Presiden Trump,” kata Azmi lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat