KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi menjangkakan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) pengakhiran buat parti Bersatu.
Hal ini dakwa beliau, kapal Bersatu semakin kecil dan itu musibah apabila parti lahir melalui tipu muslihat.
“Hajiji ya Hajiji dia tipu saya, itu kata kata Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siri jelajah Bersatu di Sabah. “Hajiji Ya Hajiji. Dia tipu saya. Dia tipu saya hidup hidup”. Sepatutnya Muhyiddin tidak boleh marah.
“Bersatu Sabah sendiri lahir atas tipu muslihat politik. 9 ADUN, 4 ahli Parlimen dan 2 senator serta 21 daripada 25 Ketua Bahagian Umno melompat secara senyap menyertai Bersatu. Maka apa dihairankan jika mereka tinggalkan Bersatu dan tubuh GRS.
“(Sedangkan) Umno Sabah lahir pada 21 Febuari 1991. Presiden (Tun Datu Mustapha), Timbalan, Naib Naib dan wakil 48 Bahagian USNO serta 50,000 ahli menyerah borang masuk Umno di hari tersebut.
Almarhum Tun Mustapha kata, kami berpindah dari kapal kecil ke kapal besar. UMNO bermula suci apabila memenangi PRK Usukan melalui Tun Mustapha pada bulan Mei 1991.
“Bersatu pula bermula palsu melalui ADUN Umno yang melompat parti. Sebab itu ia gagal membunuh Umno kerana yang lari cuma ketua di atas sedangkan ahli di bawah istiqamah.
“Sebaliknya Bersatu menggelupur bila Hajiji buat kapal baru. Bersatu terkontang-kanting kerana ketiadaan pelapis, jentera akar umbi dan tokoh lokal berbisa. PRN Sabah adalah pengakhiran buat Bersatu. Kapal Bersatu semakin kecil. Itu musibah apabila parti lahir melalui tipu muslihat,” selar Puad.
Speaker DUN Johor itu berkata demikian mengulas kenyataan Muhyiddin di Sabah, menurut Presiden parti itu bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lagi tidak akan berlaku untuk Perikatan Nasional, selepas ‘pengkhianatan’ GRS.
Pengerusi Perikatan berkata GRS telah menafikan koalisi itu tempat yang sewajarnya dalam kerajaan negeri dan mengambil alih kerusi yang pada asalnya dimenangi di bawah panji Perikatan dan Bersatu.
Beliau mendedahkan bahawa beliau telah mencipta nama “GRS” ketika gabungan itu pertama kali ditubuhkan, percaya pada masa itu bahawa ia akan didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan, bukan sebuah parti politik.
“Tetapi selepas beberapa ketika, apabila kerajaan ditubuhkan, Hajiji (Datuk Seri Hajiji Noor) mengambil langkah untuk mendaftarkannya.” Saya ingat ia akan menjadi NGO, tetapi ia menjadi sebuah parti politik dan mereka meninggalkan kami.
“Kami kehilangan banyak kerusi parlimen dan negeri yang telah kami menangi.” Itu adalah pengkhianatan,” katanya.
Muhyiddin berkata prospek untuk bekerjasama semula adalah sangat tidak mungkin.
“Seperti yang saya katakan tadi, ia sangat sukar.” Kerana ia adalah parti yang telah menafikan kami pemerintahan. Adakah anda akan bekerjasama dengan mereka jika anda berada dalam kedudukan saya? soal beliau.



