Kerajaan umum penyelesaian hasil Sabah 40 peratus September depan

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan penyelesaian berkaitan hasil Sabah sebanyak 40 peratus pada mesyuarat Majlis Tindakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dijadualkan 12 Sept depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, cadangan memenuhi tuntutan Sabah di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan itu akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat terbabit, lapor Sabah Media.

Menurutnya, Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 hari ini telah mendengar pembentangan serta cadangan penyelesaian daripada Kerajaan Sabah.

“Cadangan itu turut menerima maklum balas daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Peguam Negara di peringkat Persekutuan,” katanya selepas mesyuarat yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Fadillah berkata, mesyuarat teknikal ini diadakan bagi menyusun semula cadangan penyelesaian, termasuk cadangan interim, sebelum dibentang kepada perdana menteri untuk diputuskan secara rasmi dalam mesyuarat Majlis MA63 nanti.

“Kita memahami ada isu undang-undang yang sedang berjalan, termasuk kes yang difailkan Majlis Peguam Negeri Sabah.

“Maka, kita perlu berhati-hati, tetapi matlamat kita adalah untuk mencari penyelesaian secara bersama dan di luar bidang mahkamah,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat