KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak ada masalah jika mana-mana individu merayu untuk masuk kembali ke dalam Umno setelah tindakan diambil sama ada digantung mahupun dipecat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan, Umno tidak pernah sesekali menidakkan hak mana-mana individu untuk merayu.
“Sebenarnya Presiden tidak ada masalah untuk mana-mana individu untuk merayu masuk kembali ke dalam Umno setelah tindakan diambil. Zahid ingin menjelaskan bahawa tindakan yang diambil terhadap individu-individu tersebut bukannya satu tindakan yang tidak berasas pada pandangan beliau. Ada lah sebab-sebab kenapa tindakan itu diambil dan perkara itu telah disebut di dalam MKT. Tetapi itu tidak menindakkan hak mana-mana individu untuk merayu.
“Soalnya sekarang, siapa yang nak merayu? Itu saja. Jadi kalau pandangan Presiden mungkin jangan gunakan pihak ketiga.
“Jadi tuan tubuh badan sendiri itu perlu merayu tapi kita ada dengar juga Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan macam mana nak merayu kalau tidak tahu apa sebab. Sebabnya telah disebut di dalam MKT, saya kira.
“There’s no harm in having a cup of coffee, over cup of coffee. Maknanya Presiden mendedahkanlah sebab dipecat dalam mesyuarat. Sebab itu memang diketahui ramai. Saya rasa semua orang yang mengikuti perkembangan politik Malaysia tahu kenapa Zahid mengambil keputusan tersebut.
“Banyak sangat perkara berlaku. Sepatutnya satu proses yang lebih telus dibuat kerana ada asas dan alasan yang telah diberikan oleh pihak kepimpinan tertinggi dan itu mesti dibawa dan dimaklum kepada orang yang tertuduh.
“Bagi saya is natural justice. Tetapi, alasan itu, walaupun tidak diletakkan secara rasmi dalam satu surat, itu alasan yang telahpun disebut beberapa kali. Tapi kedua-dua pihak maklum iaitu Hishammuddin dan Zahid tahu. Sebab itu, mungkin Hishammuddin tidak merayu. Sebab kalau merayu itu, makna mengesahkan rumours rumours yang terkait beliau,” katanya dalam temu bual bersama Suara TV. https://www.facebook.com/share/v/1AjnJBeEjL/?mibextid=wwXIfr
Rahman yang juga Timbalan Ketua Umno Sabah berkata sebagai orang politik, Zahid dan Hishammuddin tidak perlukan orang tengah atau perantara untuk menjernihkan hubungan antara mereka memandangkan mereka sudah saling sangat mengenali antara satu sama lain.
“Digantung atau dipecat ini hanya keputusan politik bukannya keputusan mahkamah, ketegangan boleh diredakan hanya dengan datang rumah terbuka, hadir waktu kempen pilihan raya kecil atau hanya satu panggilan telefon mampu memudar kekeruhan antara mereka.
“Jadi doakan sajalah dalam tempoh 2 tahun ini sebelum pilihan raya 2027 ada 2 tahun setengah lagi harapnya ada keajaiban. Jawapannya ada pada Hishammuddin sendiri.
Kalau dia rasa, oh, time for me to leave, no more politics for me, macam mana pun you ajak orang itu masuk kembali, mungkin dia sudah tidak berminat. So it depends on individual. Benda yang senang jangan sukarkan. Take the phone call, have a coffee, you know.
“Kita ni satu parti, kita pemimpin, kawan baik dulu. Ini soal kalau ego pun jadi masalah. Bermakna dia tidak akan selesai kalau ada ego. So, if you want the ego, then that’s it. We have to settle to the point that there will be no meeting point,” ujar Rahman lagi.
Tambah beliau situasi sama juga berlaku untuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) dan Shahril Hamdan, katanya siapa yang menyukai Umno yang ingin datang kembali.
“Tapi dalam politik ini, it’s always about timing, masa, supaya ia satu keputusan yang berkekalan. Don’t force it. If you force it, inilah jadinya. Contohnya, bila katalah, kenapa apalah salahnya Hishammuddin sampai dibuat begini?
“Kalau KJ merasakan kehidupan yang ada sekarang ini lebih baik ataupun dia ada option yang lain, it’s up to him. But certainly, kalau dia nak masuk dalam Umno, the first thing that we need to do is everybody must stand down dulu.
“Tarik nafas dulu. Jadi lepas tu usahakan. Kalau ada third party is doing it, fine. But if not, I think these are all grown up people. They also know that kalau mereka combine, dia akan merupakan satu kombinasi yang baik untuk Umno,” saran Rahman.



