Bung Moktar masih ketua saya walau kami sering beza pendapat – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan mengakui tidak semua pendapat dan pandangannya selari dengan Datuk Seri Bung Moktar Radin namun beliau masih menghormati Ahli Parlimen Kinabatangan itu sebagai Ketua Umno Sabah.

Rahman memberitahu Badan Perhubungan Umno Sabah itu memainkan peranan seperti Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno di peringkat negeri.

“Sebab itu, saya selalu minta kalau boleh di negeri Sabah, Umno Sabah itu semua perkara kita berbincang. Melibatkan semua. Kerana sekarang ini, badan Perhubungan Umno negeri Sabah itu sudah bertindak seperti MKT. Iaitu ketua-ketua bahagian yang dilatih oleh rakyat, ahli Umno.

“Memang ada perbezaan pandangan. Tapi sebagai seorang ahli parti, ketua saya masih Datuk Seri Bung Moktar. Itu tidak boleh dinafikan.

“Dan kuasa itu terletak pada tangan Presiden Umno, selagi Bung Moktar ada di situ, dia ketua kita.

“Pendekatan, saya mempunyai agak mungkin perbezaan pendekatan dari segi cara untuk menangani isu-isu politik di negeri Sabah. Contohnya, saya tidak setuju keluar daripada kerajaan negeri. Pada saya itu adalah satu kesilapan besar. Kalau ada menteri-menteri Umno yang tidak berpuas hati dengan kerajaan pada waktu itu, opsyen yang lain ialah untuk mereka berhenti tanpa mengeluarkan Umno daripada kerajaan.

“Kenapa saya berkata demikian? Kerana kalau kita tidak bersama dengan kerajaan negeri, kita tidak ada respect. Kita tidak ada kedudukan yang dihormati oleh semua pihak. Orang akan perlekehkan kita. Sebab itu saya mahukan kita berada dengan kerajaan negeri dan tindakan untuk keluar daripada kerajaan negeri itu, walaupun ada yang mengatakan Umno Sabah sekarang ini sudah bertambah kuat,” katanya.

Rahman memberitahu, Umno sekarang ni ada kekuatan akar umbi.

“Tapi katanya, realitinya apabila berlaku Langkah Kinabalu, bukan saja kita hilang kedudukan dalam kerajaan, tapi kita hilang empat menteri. Enam pembantu menteri.

“Lebih dua ribu jawatan-jawatan akar umbi yang dipegang oleh pemimpin-memimpin akar umbi Umno yang terpaksa dilepaskan kerana kita tidak lagi bersama dengan kerajaan negeri.

“Ditambah lagi, kita kehilangan lima orang adun dan dua ahli parlimen. Satu tindakan yang pada saya, walaupun mungkin ada sebab, tetapi akhirnya akan melemahkan Umno,” katanya.

Ditanya, adakah tindakan keluar dari kerajaan negeri itu memberi nilai tambah dan menghindarkan Umno daripada terpalit skandal rasuah.

Kata Rahman,” Ya, betul. Tetapi pada waktu itu, kita masih lagi berada dalam kerajaan negeri. Soal tentang apa yang berlaku, video dan segala itu berlaku kemudian.

“Pada waktu itu, kita baru bersama dengan kerajaan lebih kurang dua tahun. Isu air pun bukan lagi satu isu yang besar pada waktu itu. Jadi, tidak ada sebab.

“Kerana kalau kita keluar dari kerajaan negeri, kita boleh lakarkan perjalanan kita bersendirian. Tetapi dalam keadaan sebegini, dengan keadaan politik yang begitu toksik, dengan keadaan semua parti politik di negeri Sabah itu ada masalah, semua. Bukan saja Umno.

“Jadi, pada saya, saya mahu cari kawan. Dalam politik ini, kita perlu cari kawan, bukan cari musuh. Jadi, kalau semua cari musuh, bergaduh dengan semua orang,” jelas Rahman.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat