Sepanjang 38 tahun dalam PDRM, saya tak pernah terlibat politik – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu Datuk Seri Khalid Ismail menegaskan beliau tidak pernah terlibat dalam politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam pasukan itu.

Mula menjalankan tugas itu hari ini, Khalid berkata perkara terbabit juga telah disahkan Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh menerusi kenyataan media, semalam.

“Selama 38 tahun dalam PDRM, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya mengesahkan syarikat media yang membuat kesilapan itu menerusi satu infografiknya telah memohon bertemu dengannya.

“Saya berharap hubungan rapat dan akrab perlu diteruskan antara polis bersama wartawan kerana ia menjadi pokok utama memberikan laporan terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi kerajaan,” katanya selepas majlis perhimpunan Kementerian Dalam Negeri (KDN) lapor FMT di Putrajaya pada Isnin.

Semalam, akhbar tempatan itu memohon maaf dengan menjelaskan mendapati kesilapan itu berpunca daripada tindakan seorang staf di Unit Media Sosial.

Kakitangan itu dikatakan menggunakan templat reka bentuk lama, yang pernah digunakan dalam poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul sebelum ini, yang menjadi ahli PKR dan bekas ketua PKR Kedah.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya akan memanggil wakil akhbar terbabit untuk memberi penjelasan.

Menurutnya, ruang itu juga akan digunakan untuk memaklumkan pelaporan berkenaan hanya akan memberi kesan besar kepada masyarakat.

Terdahulu Saifuddin dalam ucapannya berkata sepanjang berada dalam PKR beliau tidak pernah bertemu dengan Khalid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat