Beban tidak akan ditanggung oleh rakyat terbanyak meski kerajaan laksana beberapa dasar baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Prinsip utama kerajaan jelas yakni beban tidak akan ditanggung oleh rakyat terbanyak sebaliknya, hasil cukai digunakan semula untuk program yang pro-rakyat.

Kerajaan turut mendengar keresahan rakyat berhubung pelaksanaan beberapa dasar baharu, kata Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah.

Jelas beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan bahawa setiap keputusan akan dibuat secara teliti, dengan penglibatan menyeluruh semua pihak berkepentingan.

“Malaysia merupakan antara negara dengan nisbah cukai kepada KDNK paling rendah di dunia sekitar 12%. Ini bermakna ruang penjanaan hasil masih sempit, dan peluasan cukai diperlukan demi memastikan kelanjutan fiskal negara.

“Namun, prinsip utama kerajaan jelas: beban tidak akan ditanggung oleh rakyat terbanyak.

“Sebaliknya, hasil cukai digunakan semula untuk program yang pro-rakyat, termasuk: RM13 bilion untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang memanfaatkan 9 juta penerima; RM400 juta untuk baik pulih klinik-klinik usang dan lebih RM600 juta untuk membaiki lebih 8,000 tandas sekolah, memberi manfaat kepada lebih 5 juta pelajar.

“Serta pelbagai lagi inisiatif baik untuk rakyat yang sedang dan bakal dilaksanakan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Khamis.

Menurut Tunku Nashrul, inilah asas sebenar kepada setiap dasar Kerajaan Madani, iaitu untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, dengan pendekatan yang bertanggungjawab dan menyeluruh.

“Segala angka dan pengiktirafan ini tidak bermakna sekiranya tidak memberi kesan langsung kepada rakyat. Seperti yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri – setiap kejayaan mesti membawa manfaat kepada rakyat.

“Inilah manifestasi sebenar #MADANIBekerja bukan sekadar slogan, tetapi satu gerakan reformasi yang diteruskan, ditambah baik dan diterjemah dalam bentuk hasil yang dapat dirasai rakyat terbanyak,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat