Permit bas nahas Gerik dibatalkan serta-merta, tiada peluang rayu – Menteri MOT

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua permit syarikat pengendali bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak dibatalkan serta-merta berikutan pelanggaran beberapa syarat permit.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pemilik syarikat melakukan dua kesalahan besar iaitu permit pengendalian bas dipajak kepada pihak ketiga dan pengendalinya tidak mengaktifkan GPS.

“Pemilik memajak kepada pihak ketiga. Pemilik beralamat di Kedah dan dipajakkan kepada pengendali di Kelantan dan dibayar RM500 sebulan.

“Ini melanggar syarat. Apabila mereka diminta serahkan laporan GPS, mereka tak dapat (serahkan) sebab GPS pun tak diaktifkan,” katanya pada sidang media lapor BH pada Rabu.

Anthony Loke menegaskan, tiada peluang rayuan diberikan kepada syarikat ini manakala pembatalan permit adalah kekal dan tidak berubah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat