KUALA LUMPUR, 26 Mei 2025 – HONOR Malaysia kini menghampiri penghujung tempoh pra-tempahan bagi siri telefon pintar terbaharunya, HONOR 400 dan HONOR 400 Pro, yang telah mendapat sambutan menggalakkan sejak pelancarannya. Dengan hanya tiga hari berbaki sebelum pra-tempahan ditutup pada 29 Mei 2025, pengguna disarankan untuk segera merebut peluang mendapatkan peranti canggih ini yang hadir dengan pelbagai hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,097.
Dengan harga bermula serendah RM1,899, HONOR 400 bukan sahaja menawarkan prestasi hebat, malah memperkenalkan peningkatan besar dari segi keupayaan kamera dan teknologi AI yang menjadikannya pilihan ideal bagi pencinta fotografi, pencipta kandungan dan pengguna moden.
Butiran Tawaran Pra-Tempahan Siri HONOR 400
Model | Konfigurasi Memori | Harga | Hadiah Percuma* |
---|---|---|---|
HONOR 400 Pro | RAM 24GB + ROM 512GB | RM2,699 | Instax Mini LiPlay + Jaminan Lanjutan 1 Tahun (RM1,097) |
HONOR 400 | RAM 24GB + ROM 256GB | RM1,899 | Fon Kepala ANC HONOR CHOICE + Jaminan Lanjutan (RM898) |
RAM 24GB + ROM 512GB | RM2,199 | Fon Kepala ANC HONOR CHOICE + Jaminan Lanjutan (RM898) |
* Tertakluk kepada ketersediaan stok. Pelanggan yang memilih varian 256GB akan menerima naik taraf percuma ke 512GB pada harga yang sama (RM1,899).
Siri HONOR 400 tampil dengan sistem kamera yang menyaingi telefon flagship terkemuka di pasaran. Model HONOR 400 menampilkan:
- Kamera utama 200MP Super Sensing dengan sensor 1/1.4 inci dan apertur f/1.9
- Sokongan penstabilan dwi OIS + EIS untuk hasil gambar yang tajam dan stabil
- Kamera Ultra-Lebar dan Makro 12MP untuk rakaman fleksibel
Manakala HONOR 400 Pro menambah kelebihan dengan:
- Kamera Telefoto AI 50MP menggunakan sensor Sony IMX856
- Zum super sehingga 50X dan sokongan OIS
- Kamera Swafoto Potret 50MP di kedua-dua model, menjadikan swafoto lebih jelas dan berkualiti tinggi
Satu lagi keistimewaan Siri HONOR 400 ialah keupayaan penyuntingan imej dan video berasaskan kecerdasan buatan (AI). Teknologi AI generasi baharu ini direka untuk membantu pengguna menghasilkan kandungan digital secara mudah, pantas dan profesional – terus dari telefon pintar.
Antara fungsi AI utama yang ditawarkan termasuk:
- AI Image to Video
Menukar gambar statik kepada video animasi yang dinamik dan menarik – sesuai untuk perkongsian di media sosial. - AI Eraser 2.0
Memadam objek atau individu yang tidak diingini dalam gambar dengan hasil kemasan semula jadi, seolah-olah gangguan itu tidak pernah wujud. - AI Cutout & AI Outpainting
AI Cutout membolehkan subjek dikeluarkan daripada latar belakang dengan mudah, manakala AI Outpainting memperluas imej melebihi bingkai asal secara kreatif. - AI Upscale
Menambahbaik imej beresolusi rendah atau kabur menjadi lebih tajam dan jelas tanpa menjejaskan butiran. - Moving Photo Collage
Menggabungkan beberapa gambar dalam bentuk kolaj interaktif dan animasi yang menarik – ideal untuk momen berharga dan kenangan peribadi.
Kesemua fungsi ini menjadikan HONOR 400 bukan sahaja alat komunikasi, tetapi juga studio kreatif mudah alih bagi pengguna moden yang mahukan ekspresi visual yang lebih menarik.
Dengan pelbagai kelebihan dari segi prestasi, kamera, AI dan hadiah eksklusif, Siri HONOR 400 merupakan pilihan telefon pintar terbaik masa kini. Tempoh pra-tempahan akan berakhir pada 29 Mei 2025, dan stok hadiah adalah terhad.
Layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia atau ikuti mereka di Facebook untuk maklumat lanjut dan pra-tempahan segera.