Calon Pas jadi pilihan anak muda kerana bawa imej bersih, bebas skandal rasuah – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kebanyakan anak muda memilih calon Pas sebagai wakil mereka kerana Pas diyakini membawa imej bersih, adil, dan bebas daripada skandal rasuah serta penipuan.

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, anak muda hari ini memiliki sikap yang tegas dan berprinsip.

“Benar, mereka tidak suka berparti, namun mereka jelas dalam satu perkara menolak kepalsuan, kezaliman dan rasuah.

“Anak muda akan melihat pemimpin yang mempunyai nilai baik dan akan menjadikan pemimpin itu sebagai idola mereka.

“Mereka memilih bukan kerana parti tapi memilih berdasarkan sikap dan akhlak individu. Atas alasan inilah, kita melihat tiada parti yang secara asasnya betul- betul dominan dalam PRU.

“Berdasarkan sikap ini jugalah, kebanyakan anak muda memilih calon Pas sebagai wakil mereka kerana Pas diyakini membawa imej bersih, adil, dan bebas daripada skandal rasuah serta penipuan,” kata beliau dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau melihat landskap politik Malaysia mula berubah secara signifikan sejak tahun 1999, ketika berlakunya gelombang penolakan rakyat terhadap Umno-BN.

“Penolakan ini menyaksikan negeri Terengganu dipimpin oleh seorang Menteri Besar dari Pas iaitu Tan Sri Abdul Hadi Awang. Penolakan rakyat pada ketika itu menyebabkan Terengganu menerima Menteri Besar dari Pas, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi.

“Rentetan dari situasi itu, rakyat Malaysia amnya dan Melayu khususnya mula melihat bahawa mereka mempunyai parti alternatif sebagai pengganti kepada Umno untuk mentadbir Malaysia.

“Keyakinan masyarakat Melayu terhadap Umno semakin terhakis, hari demi hari. Keyakinan Masyarakat Melayu kepada Umno dari sehari ke sehari semakin menghilang sehinggalah kemuncak penolakan besar-besaran orang melayu kepada Umno berlaku pada PRU-15 baru-baru ini.

“Saya percaya perubahan besar ini sebahagian besarnya digerakkan oleh anak muda. Walaupun ada penganalisis politik menyifatkan anak muda sebagai “tidak matang” dalam berpolitik, saya melihat sebaliknya,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat