Saya bersyukur kepada Allah pinjamkan Hasmah sebegitu lama – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana telah meminjamkan Tun Dr Hasmah Mohamad Ali sebegitu lama sehingga ke usia beliau yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.

Dalam catatan di media sosialnya, Dr Mahathir akui amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isterinya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.

“Sehari dua ini saya cuba ke pejabat tetapi upaya masih belum begitu kuat.

“Bagi pihak kesemua ahli keluarga, saya nak ambil kesempatan untuk ucap berbanyak terima kasih kepada semua yang membantu menyempurnakan urusan pengebumian Hasmah tempoh hari.

“Selain itu, saya amat terharu kerana doa yang tidak putus-putus dipanjangkan kepada isteri saya Hasmah sehingga sekarang, sama ada di pusara mahupun dari mana-mana sahaja.

“Ia mengingatkan saya, di dalam kesedihan yang begitu memedihkan, supaya saya terus bersyukur kepada Allah s.w.t kerana telah meminjamkan Hasmah sebegitu lama sehingga ke usia saya yang cuma masih tersisa sedikit sebanyak ini.

“Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk meminta maaf jika sepanjang tempoh ini ada salam yang tidak saya sambut, lambaian yang tidak saya balas serta ucapan takziah yang belum saya jawab,” ucap bekas Perdana Menteri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat