Kembar Digital dengan kemampuan AI pacu transformasi bandar pintar

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Anak Kumbong telah mengadakan lawatan kerja ke Kuala Lumpur Command and Control Centre (KLCCC), Lebuhraya Bukit Jalil, dekat sini pada Isnin.

Lawatan ini sebahagian daripada inisiatif Kementerian Digital untuk mempromosikan penerimagunaan teknologi digital termasuk Kecerdasan Buatan (AI) dan 5G di seluruh negara.

Turut sama, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Fabian Bigar bersama-sama barisan pengurusan kanan kementerian dan agensi berkaitan.

Wilson berkata penggunaan AI di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, kini memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemodenan infrastruktur dan perkhidmatan bandar.

“Ia bukan sahaja meningkatkan kecekapan pengurusan bandar tetapi juga menyumbang secara langsung kepada peningkatan kualiti hidup warga kota.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini giat melaksanakan integrasi AI dalam pelbagai aspek pengurusan bandar,”katanya dalam kenyataan.

“Dua inisiatif yang diketengahkan antaranya, Kembar Digital (Digital Twin) iaitu satu model maya bandar yang membolehkan simulasi masa nyata digunakan untuk perancangan bandar yang lebih efektif dan tindak balas kecemasan yang lebih pantas.

“Selain itu, pengurusan trafik berkuasa AI iaitu sistem analitik masa nyata yang digunakan untuk mengoptimumkan aliran trafik dan mengesan insiden, sekaligus membantu mengurangkan kesesakan dan meningkatkan keselamatan jalan raya, ”katanya lagi.

“Dalam usaha memperkukuh lagi ekosistem bandar pintar negara, kementerian bersama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Digital Nasional Berhad (DNB) akan menganjurkan Smart City Expo Kuala Lumpur (SCEKL 2025) pada 17 hingga 19 September ini.

“Ekspo ini bakal menjadi platform utama mempamerkan aspirasi dan pencapaian negara dalam pembangunan bandar pintar,”tambahnya.

“Selain itu, DNB turut melaporkan bahawa liputan rangkaian 5G kini telah melebihi 82 peratus (%) di seluruh negara, sekali gus menyediakan asas kukuh untuk pelaksanaan penyelesaian AI dalam pelbagai sektor.

“MDEC turut komited untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan bandar pintar dan transformasi digital melalui pelbagai inisiatif strategik
yang berfokuskan kepada teknologi masa hadapan seperti AI dan 5G, ”tambahnya lagi.

Untuk rekod, KLCCC berperanan bagi membantu memberi maklumat serta infomasi secara real-time berkaitan kesesakan lalu lintas, kemalangan atau kerosakan kenderaan kepada jabatan-jabatan dalaman DBKL dan agensi yang berkaitan dalam menangani sebarang kemungkinan dengan mengambil tindakan sewajarnya pada kadar segera.

Pemasangan CCTV di kawasan strategik di sekitar Kuala Lumpur bertujuan memantau sebarang insiden yang berlaku seperti pelanggaran kesalahan trafik, vandalisme, keselamatan.

Selain itu, bencana banjir kilat, pokok tumbang, jalan mendap dan tanah runtuh. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat