Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Umno wajib dipertandingkan, jangan tangguh pemilihan 2026 – Syed Rosli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Pandan Tengah mengemukakan saran kepada pucuk pimpinan parti supaya pemilihan Umno tahun 2026 tidak wajar ditangguhkan.

Ketua Umno Cawangan Pandan Tengah merangkap Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Pandan, Syed Rosli Jamalullail berkata, usul itu dipersetujui dalam mesyuarat parti baru-baru ini.

“Kami berpendirian proses demokrasi dalam parti mesti dihormati dan dikekalkan.

“Menangguhkan pemilihan adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap amanah ahli-ahli akar umbi yang mahukan kepimpinan yang sah, berwibawa dan dipilih secara terbuka.

“Penangguhan hanya akan melemahkan kepercayaan ahli terhadap kepimpinan parti,” katanya dalam kenyataan lapor MalaysiaGazette pada Selasa.

Menurut Syed Rosli, dalam usul kedua, pihaknya mahu jawatan presiden dan timbalan presiden wajib dipertandingkan.

“Tiada individu harus dikecualikan daripada proses demokrasi. Kepimpinan parti mesti bersedia untuk dinilai dan dipilih semula oleh ahli,” ujarnya.

Menurutnya, hanya dengan pertandingan yang terbuka dan adil, keyakinan terhadap institusi kepimpinan dapat dipulihkan.

“Umno bukan milik individu tetapi milik seluruh ahli yang berdaftar.

Menurut beliau, Umno Pandan Tengah berdiri teguh atas prinsip perjuangan dan integriti dan menolak sebarang bentuk autokrasi dalam parti dan menyeru pucuk pimpinan untuk menghormati suara akar umbi demi kelangsungan dan kekuatan parti dalam menghadapi cabaran mendatang.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat