KUALA LUMPUR – Dalam usaha memastikan perkhidmatan bas ekspres mencukupi, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) waktu puncak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha 2025 yang bakal diraikan pada 7 Jun 2025 dan 8 Jun 2025.
Sehubungan itu, pihak APAD mempelawa semua pengendali bas yang berminat untuk membuat permohonan LPS ini.
“Permohonan dibuka bermula dari 15 Mei hingga 04 Jun 2025.
“Permohonan boleh dikemukakan melalui sistem i-SPKP. Tempoh sah laku LPS bagi semua permohonan yang diluluskan ialah dari 5 Jun 2025 hingga 10 Jun 2025.
“Tiada surcaj 10 peratus dikenakan bagi LPS waktu puncak ini,” kata kenyataan itu pada Jumaat.
Pihak APAD sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik pada setiap masa sejajar dengan nilai teras Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan dalam meningkatkan mobiliti dan kesejahteraan rakyat melalui perkhidmatan pengangkutan awam darat yang selamat dan selesa.