KRU cipta sejarah, raih 2 rekod MBR menerusi Konsert GenKRU 2025

- Advertisement -

Dunia hiburan tanah air menyaksikan satu pencapaian gemilang apabila kumpulan legenda muzik Malaysia, KRU, dan penganjur konsert mereka, Icon Entertainment (M) Sdn Bhd, mencipta sejarah tersendiri menerusi Konsert GenKRU 2025, sekali gus menerima dua pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records (MBR).

Kumpulan yang terdiri daripada tiga beradik – Dato’ Norman Abdul Halim, Dato’ Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halimdiiktiraf atas kejayaan menganjurkan konsert selama empat malam berturut-turut di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025. Pengiktirafan diberikan bagi kategori Most Show in a Single Concerts Series”menjadikan KRU artis Malaysia pertama menerima pengiktirafan ini dalam sejarah persembahan konsert.

Penganjuran konsert empat malam ini bukanlah sesuatu yang dirancang pada awalnya. Menurut Dato’ Norman, rancangan asal hanyalah untuk satu malam, namun sambutan luar biasa daripada peminat memaksa pihak penganjur menambah malam kedua, ketiga dan akhirnya malam keempat.

Pencapaian ini adalah milik peminat. Tanpa mereka, konsert satu malam ini tidak mungkin berkembang menjadi empat. Ia bukti kasih sayang mereka terhadap KRU sejak lebih 30 tahun lalu,” kata Norman mewakili kumpulan.

Dalam kejayaan yang seiring, Icon Entertainment pula menerima pengiktirafan Most Concert Tickets Sold Out in an Hour” selepas berjaya menjual 8,000 tiket dalam masa hanya satu jam, menjadikan ia antara penjualan tiket terpantas dalam sejarah konsert Malaysia.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, menyifatkan kejayaan ini sebagai satu bukti bahawa produk hiburan tempatan mampu mencipta impak luar biasa sekiranya diberi sokongan sepenuhnya oleh peminat dan pihak berwajib.

Kami bangga menjadi sebahagian daripada sejarah ini. Pengiktirafan ini adalah milik semua peminat yang menyokong KRU dan percaya dengan kualiti hiburan tempatan. Ini bukti bahawa muzik tempatan masih relevan dan berdaya saing,” ujar beliau.

Majlis rasmi penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records berlangsung dengan kehadiran En. Nik Kamaruzaman Nik Husin, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementerian Komunikasi, mewakili Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, Iliyas Jamil, serta Ketua Pegawai Eksekutif MBR, Christopher Wong.

Lebih membanggakan, Konsert GenKRU 2025 bukan sahaja menarik lebih 30,000 penonton, malah menyajikan persembahan istimewa dari artis undangan popular era 90-an dan 2000-an seperti Feminin, Elite dan Adam AF, sekali gus mencetuskan fenomena nostalgia dan perpaduan generasi muzik.

Pengiktirafan ini dilihat bukan sahaja sebagai kejayaan bagi KRU dan Icon Entertainment, tetapi juga sebagai satu penanda aras baharu bahawa konsert artis tempatan mampu bersaing dengan produksi antarabangsa. Ia juga menjadi suntikan semangat kepada penggiat seni tempatan untuk terus berkarya dan menyemarakkan industri muzik Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat