Jet pejuang AS RM243 juta jatuh dari kapal pengangkut

- Advertisement -

SANA’A – Sebuah jet pejuang Super Hornet F/A-18E milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang bernilai AS$56 juta (RM243 juta) jatuh dari kapal pengangkut pesawat, lapor akhbar New York Post semalam.

Seorang pegawai memberitahu saluran berita CNN bahawa laporan awal menunjukkan, kapal USS Harry Truman membuat pusingan secara tiba-tiba untuk mengelak serangan kumpulan pemberontak Houthi di Yemen.

Ia menyebabkan sebuah kenderaan yang menunda jet itu hilang kawalan, mengakibatkan kedua-duanya jatuh ke dalam Laut Merah.

Namun, juruterbang dan anggota tentera laut AS yang memandu kenderaan penunda itu berjaya menyelamatkan diri sebelum ia jatuh ke dalam laut.

“Siasatan sedang dijalankan,” kata pegawai tersebut.

Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear seperti USS Harry Truman boleh membawa sehingga 130 jet tempur. – Agensi

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat