Exco Kedah dakwa Kementerian Ekonomi setahun tak respon sehingga Sanusi jumpa PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi didakwa tidak memberi jawapan balas lebih setahun mengenai permohonan kerajaan negeri mendapatkan kelulusan Notis Perubahan (NOC) bagi projek Kulim Hi-Tech Park (KHTP) Fasa 5.

Exco Industri dan Pelaburan negeri, Dr Haim Hilman Abdullah, berkata pihaknya sebelum ini membuat permohonan NOC kepada kementerian terbabit, namun tiada respons diberi, sama ada mendapat kelulusan atau ditolak.

Jelasnya, kerajaan negeri berusaha memberikan segala dokumen dan maklumat lengkap mengenai permohonan NOC terbabit bagi membolehkan projek KHTP Fasa 5 diteruskan dan pembelian tanah dibuat.

“Secara khususnya hampir setiap bulan pegawai tertinggi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) bermesyuarat dengan pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi, malangnya bila sampai agenda NOC ini, ia tidak dibincangkan.

“Jika dibincang dan diberikan apa lagi maklumat atau dokumen diperlukan oleh Kementetian Ekonomi, pasti pihak kerajaan negeri bersedia melakukannya,” katanya dalam kenyataan lapor BH di Alor Setar pada Rabu.

Haim mendedahkan, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sendiri ada berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meminta bantuan mendapatkan kelulusan.

Katanya, Anwar sendiri meminta Kementerian Ekonomi memudahcara agar NOC diberikan kepada permohonan kerajaan negeri melalui PKNK dan KTPC untuk membeli tanah asal yang kini telah selesai isu semakan harga di mahkamah.

“Apabila telah habis segala usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri menerusi PKNK dan KTPC dengan Kementerian Ekonomi, Menteri Besar Kedah mengambil keputusan bertemu terus dengan Perdana Menteri.

“Dalam pertemuan tidak sampai 30 minit, Perdana Menteri telah memberi jaminan dan mengarahkan Kementerian Ekonomi menerima pembatalan NOC yang tidak dijawab dan mengarahkan memudahcara untuk NOC baharu yang dipohon untuk membeli tanah,” katanya.

Mengulas lanjut, Haim berkata, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hanya memberikan reaksi selepas isu berkenaan menjadi tumpuan umum di media.

“Apabila isu ini menjadi polemik di antara kerajaan negeri dan Kementerian Ekonomi, barulah Menteri Ekonomi membuat kenyataan di media sosial dan di Dewan Rakyat.

“Pada masa itu, telah terlalu banyak masa terbuang dan masih tidak menyelesaikan masalah. Tidak timbul isu mengenai penambahan hutang sebanyak RM180 juta yang dipohon kerajaan negeri bagi membangunkan KHTP Fasa 5,” katanya.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri mempunyai kekuatan kewangan yang mencukupi untuk menampung kos tersebut melalui pengurusan kewangan yang cekap, sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

Semalam, Rafizi meminta Haim meminta maaf kepada rakyat Kedah selepas didakwa membuat tuduhan tidak berasas berhubung kelulusan projek KHTP Fasa 5.

Rafizi berkata, projek KHTP telah diluluskan selepas kerajaan negeri Kedah menarik balik permohonan asal dan mengemukakan permohonan baharu.

Katanya, Kementerian Ekonomi bersikap terbuka sejak dari awal dan hanya menunggu pengesahan bertulis daripada tuan tanah sebelum mempertimbangkan permohonan asal.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat