RENA kembali ke tanah air dengan Mini Album, empat buah lagu Baru

- Advertisement -

Dalam suasana ceria dan bersemangat, penyanyi dan penulis lagu yang berbakat,RENA melancarkan mini albumnya yang dinanti-nantikan di Mvp By M Ivas, East Boulevard, One City Subang, Selangor. Mini album ini menampilkan empat buah lagu yang ditulis sendiri oleh RENA: “DANGER”, “SUMMER EVERYDAY”, “SOMEONE”, dan “TAKE MY HAND”. 

RENA, anak kelahiran  Malaysia yang membesar di United Kingdom, mengungkapkan perasaannya yang mendalam terhadap negara asalnya melalui karyanya. Minatnya terhadap muzik mula berputik sejak kecil apabila bapanya menghadiahkan sebuah gitar, yang menjadi pemangkin kepada kerjaya muziknya. Album ini dirakam di MILE Recording Studio, Mile End, London, dengan sentuhan penerbit terkenal Fionn O’Connell.

RENA mengambil inspirasi daripada artis terkenal seperti Taylor Swift dan Pink Sweat, dan ini jelas kelihatan dalam gaya muziknya yang bercirikan genre pop dan alternatif. Beliau juga aktif sebagai model berhijab di UK, dan telah muncul dalam iklan-iklan besar seperti Google, American Express, dan Garnier. 

Pelancaran ini bukan sahaja menandakan kemunculan RENA dalam industri muzik Malaysia tetapi juga menyaksikan beliau kembali ke negara Kelahiranya. “Saya sangat teruja untuk berkongsi muzik saya dengan peminat di Malaysia,” kata RENA. “Ia adalah impian saya untuk kembali ke tanah air dan memberikan sesuatu yang istimewa kepada komuniti muzik di sini.”

Acara malam ini juga akan menyaksikan RENA membuat persembahan secara langsung di GIG MAT MOTOR bersama artis-artis indie terkenal seperti OAG, Iqbal (Iqbal M), dan Monostereo. Ini merupakan peluang bagi peminat untuk menyaksikan bakat RENA secara langsung sebelum beliau kembali ke UK pada Ogos 2024.

Selain daripada muzik, RENA bercadang untuk merakamkan single pertamanya dalam bahasa Melayu dan berhasrat untuk berduet dengan artis tempatan. “Saya ingin terus berkarya dan mempersembahkan muzik saya dalam pelbagai bahasa. Ini adalah cara saya menghargai budaya dan warisan saya,” tambah RENA.

Untuk mengikuti perkembangan terkini RENA, peminat boleh melawat laman sesawang rasmi dan media sosialnya:

-Instagram: [@it_is_rena]

-TikTok: [@it_isrena]

-YouTube: https://www.youtube.com/@itisrena

Asia Empire Records Malaysia dengan bangganya mempersembahkan RENA kepada dunia.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat