China tidak mampu selamatkan Malaysia yang korup dan pro-Bumiputera – Penyelidik UM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang Penyelidik Bersekutu di Institut Pengajian China, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya menyifatkan Malaysia berada dalam keadaan teruk kerana gagal menamatkan dasar pro-Bumiputera dan rasuah yang berleluasa.

Menulis dalam South China Morning Post sempena ulang tahun ke-50 hubungan China-Malaysia, Dr Michael Tai menyifatkan pelaburan China tidak akan menyembuhkan kanser yang melanda ekonomi Malaysia.

“Masalah Malaysia berpunca daripada rasuah dan tadbir urus yang lemah, yang berkait rapat dengan keistimewaan berasaskan kaum. Pihak luar tidak berada dalam kedudukan untuk memperbaikinya.

“Kemajuan Malaysia terus terhalang oleh program tindakan afirmatif yang memberi keutamaan kepada majoriti Melayu berbanding minoriti Cina dan India, ” tambah Penyelidik Bersekutu Universiti Malaya tersebut.

“Dasar ini sepatutnya berakhir selepas 20 tahun tetapi digantikan oleh Dasar Pembangunan Nasional, yang mengekalkan keistimewaan bumiputra; orang Melayu menganggapnya sebagai hak,” tambah Tai.

Menurut Tai dasar pro Bumiputera juga telah mewujudkan keadaan rasuah yang melampau.

“Rasuah sistemik begitu berakar, sehingga hampir mustahil untuk membasminya tanpa menghapuskan keistimewaan berasaskan kaum. Dalam lima tahun kebelakangan ini, kerajaan telah kehilangan kira-kira AS$59 bilion akibat rasuah, yang Anwar anggap sebagai “kanser utama” yang melemahkan ekonomi, menghakis moral, dan mengurangkan keyakinan,” tulis Tai lagi.

Beliau turut memetik pandangan bekas Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tan Sri  Rafidah Aziz yang  meluahkan kekesalan terhadap kehilangan integriti yang “membingungkan” sehingga tiada sektor masyarakat yang terselamat dari “ketoksikan penyalahgunaan kuasa.”

Tai turut mempersoalkan kebergantungan kepada China yang mungkin tidak seindah yang disangka.

“Malaysia berusaha untuk menangkap bahagian rantaian bekalan yang dikatakan meninggalkan China akibat perang perdagangan. Tetapi harapan itu mungkin sia-sia. Walaupun China telah bergerak ke atas rantaian nilai, ia kekal kompetitif dalam sektor nilai rendah. Ia menikmati banyak kelebihan dari segi saiz, produktiviti, kualiti infrastruktur, dan ekosistem industri.

Menurut Tai lagi, adalah sangat sukar untuk bersaing dengan kilang-kilang China dari segi kelajuan, kos, atau kualiti, dan tidak masuk akal untuk mereka menyumber luar atau berpindah ke negara yang kekurangan tenaga mahir. Usahawan China pergi ke mana mereka boleh memperoleh keuntungan yang munasabah.

Bagi Tai, masalah pembinaan negara Malaysia berpunca dari tadbir urus yang lemah – orang luar tidak berada dalam kedudukan untuk memperbaikinya.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat