Versi tradisional lagu “Masing-Masing” Ernie Zakri berada dalam kelasnya tersendiri

- Advertisement -

Lagu “Masing Masing” yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat tidak hanya di dalam negara, tetapi juga di luar negara. Diciptakan oleh komposer Ade Govinda dari Indonesia, lagu ini telah mencatat sejarah tersendiri dengan menduduki carta teratas di stesen radio tempatan dan Indonesia, selain menjadi ‘trending’ di laman sosial.

Kini, Ernie Zakri telah merakamkan lagu Masing Masing dalam versi tradisional, yang turut memberikan pengalaman yang berbeza baginya. Menurut Ernie, ini adalah pertama kalinya dia merakamkan lagu dalam genre tradisional, dan prosesnya tidak begitu sukar. Dia jatuh cinta pada lagu ini sejak pertama kali mendengar versi instrumentalnya pada majlis pelancaran album Aura dan pelantikan duta tudung Ayuwan pada November lalu.

Ernie berharap agar lagu versi tradisional ini memberikan pengalaman yang unik kepada pendengar, serta membuka ruang baru bagi lebih banyak lagu irama tradisional dalam industri muzik. Maklum balas positif telah diterima dari peminat terhadap versi tradisional ini.

Pujian juga datang dari Ade Govinda yang mengatakan bahawa lagu versi tradisional ini memberikan nuansa Melayu yang lebih mendalam dan soulful. Amy Bong, yang bertindak sebagai ‘rearranger’ untuk lagu versi tradisional ini, mengatakan bahawa susunan lagu tersebut memberikan warna yang berbeza dalam industri muzik.

Single pertama dari album Aura ini, “Masing Masing”, telah mencapai kejayaan besar dengan video muzik rasmi yang mencatat lebih dari 6.6 juta tontonan dan bertahan sebagai nombor 1 di carta RIM selama empat minggu berturut-turut.

Lagu Masing Masing (Versi Traditional) telah dikeluarkan di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music pada 24 Mei 2024, sementara lirik video telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ernie Zakri. Dengan pencapaian ini, lagu Masing Masing terus memperkuat kedudukannya dalam seni muzik tempatan dan regional.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat