RAUB: Laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi Seksyen 5A – Raub Bypass sepanjang 6.4 kilometer dibuka tengah malam ini.
Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, laluan baharu ini akan mula boleh dilalui bermula jam 12.01 pagi 8 Mac 2024.
Hadir sama YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, Tuan Ir. Razali bin Kassim, EXCO Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Tuan Fadzli Mohamad Kamal, EXCO Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi Dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato’ Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob.
“Saya bersama YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya telah bersama-sama merasmikan pembukaan laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) bagi Seksyen 5A: Raub Bypass sepanjang 6.4 kilometer, sebentar tadi.
”Insya-Allah laluan baharu ini akan mula boleh dilalui bermula jam 12.01 pagi 8 Mac 2024,” kata Wan Rosdy.
Jelas Wan Rosdy lagi, tuga laluan telah pun dibuka sebelum ini iaitu laluan dari Mentara ke Kampung Seberang Jelai, Lipis yang dibuka pada 26 Julai 2020, laluan dari Kampung Asap ke Kampung Sertik dan Bentong Bypass pada 7 Oktober 2021 dan laluan dari Kampung Orang Asli Sungai Chandan ke Kampung Asap serta Persimpangan Krau, Raub pada 25 Jun 2023.
Dalam pada itu, dalam kenyataan beliau lagi, beliau dari semasa ke semasa akan memantau rapat perkembangan pembinaan LTU ini agar ia dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada tahun 2026.
Beliau juga menyokong penuh usaha Kementerian Kerja Raya yang ketika ini sedang giat mengadakan kempen MYJalan yang merangkumi sistem aduan bagi menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat dan juga aduan mengenai kerosakan jalan supaya kerosakan jalan raya atau perabot jalan dapat dibaik pulih, ujarnya.
“Saya juga mengharapkan supaya pengguna jalan raya dapat memandu secara berhemah bagi mengelakkan kemalangan yang boleh meragut nyawa,” ujarnya.-SUARATV