Sultan Selangor tidak sambung tugas Pengerusi MKI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berhasrat menyambung tugas sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) selepas tempoh perkhidmatan baginda tamat pada 9 Mac ini.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih seorang pengerusi baharu bagi MKI.

Baginda mula menjalankan tugas sebagai Pengerusi MKI pada 10 Mac 2022 sehingga 9 Mac 2024, menurut kenyataan itu pada Khamis.

Sultan Sharafuddin menyerahkan kepada Majlis Raja-Raja untuk memilih seorang Pengerusi baharu dalam kalangan Raja Pemerintah supaya kesinambungan fungsi dan aspirasi MKI akan terus dapat dilaksanakan dengan lebih baik di bawah kepemimpinan Pengerusi baharu.

Ketika berkenan menerima menghadap Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merangkap Setiausaha MKI, Datin Hakimah Mohd Yusoff dan Sekretariat MKI, Sultan Sharafuddin menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas komitmen semua ahli mesyuarat, wakil dari semua negeri dan JAKIM selaku Sekretariat MKI yang sudah melaksanakan tugas dengan efektif sehingga membolehkan semua mesyuarat MKI dapat dilaksanakan dengan sempurna.

“Pada mesyuarat terakhir bersama Jawatankuasa ini, baginda menzahirkan penghargaan dan rasa sukacita terhadap kerjasama yang diberikan ahli-ahli Jawatankuasa dan Sekretariat sepanjang baginda memegang jawatan sebagai Pengerusi MKI.

“Baginda turut menyemak semua minit mesyuarat lalu dan memastikan Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk menggubal undang-undang Islam yang ditubuhkan, menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Baginda menegaskan, sepanjang bertindak sebagai Pengerusi MKI, menjadi kewajipan baginda untuk sentiasa mengangkat dan mempertahankan syiar agama Islam di Malaysia dalam setiap keputusan yang dibuat secara muzakarah,” kata Selangor Royal Office lagi.

Peraturan 2(1) Peraturan-Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia 2022 menetapkan Pengerusi MKI hendaklah dipilih daripada kalangan Raja Pemerintah oleh Raja-Raja dan hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat