Filem “Pendekar Awang” menyemarakan semangat cintakan tanah air

- Advertisement -

Filem “Pendekar Awang” merupakan filem epic perjuangan menentang penjajah susulan daripada filem yang pernah mencipta Fenomena sehingga mencatat kutipan sebanyak RM97 juta pada tahun 2022 iaitu “Mat Kilau”.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah” bakal ditayangkan diseluruh pawagam tanah air pada 11 Januari 2024 dan tayangan perdana filem ini telah dibuat di pawagam GSC, IOI City Mall Putrajaya di sini pada 3 November Lepas.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke Majlis Tayangan Perdana Pendekar Awang Darah Indera Gajah, Seri Paduka, yang diiringi Pengerusi Eksekutif serta Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, meluangkan masa hampir dua jam menonton filem ini.

Filem ini mendapat sentuhan daripada dua pengarah muda iaitu Shahruddin Dali dan Saiful Reza, pemilihan dua pengarah ini meliputi aspek dan bidang tugas yang berbeza bagi memberikan hasil terbaik.

Menurut Shahruddin kajian telah dibuat sebelum filem Mat Kilau dihasilkan kemudiannya dikembangkan bagi menghasilkan filem kedua terbitan Studio Kembara itu.

“Saya mahu membentangkan sebuah kisah untold story, jadi saya ambil inisiatif dengan
berjumpa sendiri cucu cicit pahlawan Melayu ini dan tidak hanya bersandarkan kepada buku semata-mata.

“Selain buku, saya rasa kita perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber dan bahan lain kerana apa yang dipaparkan adalah kisah yang belum pernah didengar. Saya rasa itu lebih menarik,” katanya dalam sidang media selepas tayangan perdana filem berkenaan, di sini semalam.

Shahruddin yang juga penulis skrip mengatakan jalan cerita filem ini adalah adaptasi daripada kisah benar mengenai kesalamatan perjalanan Tok Gajah ke Terengganu untuk memohon bantuan, tetapi diburu oleh penjajah British.

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah dibintangi oleh Fatah Amin (Awang), Wan Hanafisu (Tok Gajah), Nadhir Nasar (Tahir), Ali Karimi (Brahim), Nur Fazura (Sayang) Geoff Andre Feyaerts (Kapten Syers) dan ramai lagi seperti Nam Ron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Tissa Biani, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Syed Ali Murtadha, Ruzaidi Rahman dan John Bear.

Filem “Pendekar Awang” mengisahkan perjalanan Tok Gajah ke Terengganu untuk memohon bantuan daripada sultan Terengganu akan tetapi mendapat halangan daripada pihak penjajah British yang mendapat maklumat dan memutuskan Kapten Syers untuk memburu dan menangkap Tok Gajah.

Awang, Brahim serta Tahir bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan perjalanan Tok Gajah dan menghadapi pelbagai halangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong daripada diburu oleh penjajah British yang diketuai oleh Kapten Syers pada kali ini?

Saksikan Filem “Pendekar Awang : Darah Indera Gajah di seluruh pawagam negara pada 11 Januari 2024 nanti..

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat