Eksploitasi pekerja asing akan ditangani KDN dan KSM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersinergi membincangkan isu pengurusan pekerja asing.

Dalam pertemuan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Steven Sim petang semalam mereka berdua membincangkan isu hangat melibatkan kes eksploitasi pekerja asing.

“Menerima kunjungan sahabat saya, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim di KDN Putrajaya.

“Pertemuan petang semalam memfokuskan isu yang melibatkan ruang lingkup bersama KDN dan KSM iaitu hal pengurusan pekerja asing.

“Isu yang hangat melibatkan kes eksploitasi pekerja asing menjadi topik serius yang dibincangkan selain ‘way forward’ bagi tahun 2024 ini terkait elemen penambahbaikan dalam aspek pengurusan pekerja asing di Malaysia,” katanya.

Tambah Saifuddin, KDN dan KSM akan mengeluarkan kenyataan media bersama menjawab isu-isu berbangkit terkait dua kementerian berkenaan.

“Terdapat juga beberapa hal lain berkaitan yang diperincikan dan kami bersetuju untuk mengeluarkan satu kenyataan media bersama dalam minggu ini bagi memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan berbangkit,” ujar beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat