Pembenihan Awan Berjaya Hasilkan Hujan Di Pulau Pinang -Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Operasi pembenihan awan di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang telah berjaya menghasilkan hujan dan meningkatkan kapasiti air di Empangan Air Itam kepada 49.9 peratus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, tiada rekod hujan dilaporkan di Empangan Teluk Bahang sepanjang 11 hingga 13 Jun 2023.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air di kawasan hotspot mencukupi sepanjang musim Monsun Barat Daya yang dijangka akan berakhir pada September ini,” kata Zahid dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Zahid, Agensi Pengurusan Bencana Negera (NADMA) bersama Jabatan Meteorologi Malaysia dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Jun 2023 lalu.

“Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana, saya dimaklumkan bahawa berdasarkan kepada bacaan tolok hujan pada 11 hingga13 Jun 2023.

“Alhamdulillah hujan berjaya direkodkan pada hari pertama dan hari kedua operasi di Empangan Air Itam.

“Tiada rekod hujan dilaporkan di Empangan Teluk Bahang sepanjang 11 hingga 13 Jun 2023. Pun begitu,hujan direkodkan pada pagi 14 Jun 2023 sebanyak 59.0mm berhampiran Empangan Teluk Bahang.

“Hujan juga direkodkan sebanyak 23.0mm berhampiran Empangan Air Itam pada pagi 14 Jun 2023 dan kapasiti empangan meningkat kepada 49.9 peratus,” ujarnya.

Namun nasihat Zahid, orang ramai tetap dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan menjaga serta peka terhadap persekitaran.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat