Razarudin dilantik Ketua Polis Negara, Ayob Khan Timbalan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu selama dua tahun secara kontrak selepas bersara, berkuat kuasa Jumaat ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

Katanya, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay,57, pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara juga berkuatkuasa Jumaat, 23 Jun ini.

“Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai Timbalan Ketua Polis Negara mulai 23 Jun 2023,” kata Saifuddin dalam kenyataan pada Rabu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat