Isham senarai 21 tindakan ‘kurang bijak’ menteri PH, respons Tony Pua

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor Isham Jalil memulangkan ‘paku buah keras’ kepada Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua dengan menyenaraikan 21 ‘kebodohan’ menteri era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Isham membuat senarai panjang ‘kebodohan’ menteri-menteri PH sepanjang 22 bulan PH mentadbir kerajaan.

Antara perkara yang diklasifikasikan Isham sebagai tindakan ‘kurang bijak’ termasuk gesaan bekas menteri industri utama Teresa Kok supaya rakyat minum satu sudu minyak sawit sehari agar awet muda, bantuan RM30 yang diumumkan oleh bekas menteri kewangan Lim Guan Eng dan pengenalan kereta terbang oleh bekas menteri pembangunan usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Turut tersenarai adalah “kejayaan besar” bekas menteri pendidikan Maszlee Malik yang mengubah penggunaan kasut sekolah berwarna putih kepada hitam, “manifesto bukan kitab suci” oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kekaguman bekas menteri wilayah persekutuan PH terhadap operasi Transit Aliran Massa (MRT) yang tidak memerlukan pemandu.

Bahkan, Isham turut membidas kenyataan Pua sebelum ini yang menyatakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan mengurangkan harga barang membuatkan ia lebih murah.

“Kamu, Tony Pua kata begitu,” bidas Isham.

Pada majlis kutipan derma DAP di Petaling Jaya malam tadi Pua mendakwa Malaysia tidak mempunyai “menteri yang bijak” kerana orang bijak cenderung untuk menghindari politik.

“Apabila orang bijak tidak sertai politik, siapa yang jadi perdana menteri? Orang yang tidak bijak,” kata Pua pada majlis berkenaan.

Pun begitu, Pua mengakui terdapat “menteri yang tidak bijak” dalam PH dan Barisan Nasional (BN) tetapi “menteri BN lebih kurang bijak”.

Beliau berkata, faktor penting kejayaan PH dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah kebolehannya menarik orang yang bijak menceburi politik.

Katanya, rakyat Malaysia cenderung untuk tidak menggalakkan anak-anak mereka menceburi politik kerana ia “teruk dan kotor”, sekali gus menyebabkan ramai pelajar yang bijak menghindarinya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat