KPM tubuh jawatankuasa khas siasat kes gangguan seksual, buli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengambil serius kes gangguan seksual dan buli di intititusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertindak menubuhkan Jawatankuasa Khas.

Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin semalam menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Meneliti dan Menambahbaik Prosedur Pengendalian Kes Gangguan Seksual dan Buli di Institusi Pendidikan bawah KPM.

Kata beliau objektif jawatankuasa khas ini merupakan antara pendekatan KPM untuk mendapatkan solusi terbaik dalam menangani kes berkenaan gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM.

“Petang semalam saya telah menyerahkan watikah pelantikan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Khas berkenaan.

“Jawatankuasa khas ini dianggotai oleh 8 individu yang berpengalaman luas dan mempunyai latar belakang profesion berbeza,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Radzi jawatankuasa itu dianggotai bekas pegawai kanan kerajaan, pensyarah, kaunselor, pegawai undang-undang serta wakil badan bukan kerajaan (NGO).

“Terima kasih atas kesediaan anda untuk bersama-sama membantu KPM.

“Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim, bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dilantik sebagai Pengerusi untuk menerajui jawatankuasa khas ini,” ujarnya.

Kata Radzi, ahli yang lain adalah Datuk Sutinah Sultan, Datuk Sulaiman Wak, Prof Datin Mariani Md Nor, Lt. Kol Bersekutu (PA) Aminuddin Awang, Dato’ Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz; Prof Madya (Kehormat) Datuk Dr. Sundramoorthy dan ACP Siti Kamsiah Hassan.

“Kami yakin serta percaya, dengan pengalaman dan kepakaran ahli-ahlinya, jawatankuasa khas ini akan dapat membantu KPM meneliti secara mendalam dan seterusnya mengesyorkan pelan tindakan bersesuaian yang boleh diambil bagi menangani kes gangguan seksual dan buli di institusi pendidikan bawah KPM,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat