Kerjasama Perniagaan Pahang-China Bakal Wujudkan Peluang Pekerjaan

- Advertisement -

KUANTAN: Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail bagi mengadakan kerjasama pelaburan baharu serta perniagaan antara Kerajaan Negeri Pahang dan China.

Dengan wujud kerjasama perniagaan menurut Wan Rosdy bakal mengwujudkan peluang pekerjaan sekaligus memberi kesan langsung kepada rakyat.

Kata Wan Rosdy lagi, kunjungan rasmi ini juga adalah bersempena meraikan 10 tahun kerjasama antara Taman Perindustrian Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP).

“Berbesar hati menerima kunjungan rasmi daripada Tuan Yang Terutama Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia, sebentar tadi.

”Kami sempat bertukar pandangan dan berbincang berkenaan kerjasama perniagaan yang telah dimeterai antara Kerajaan Negeri Pahang dengan Kerajaan China serta peluang pelaburan baru yang boleh diterokai di Pahang bagi manfaat kedua-dua pihak.

“Sesungguhnya, hubungan perniagaan yang terjalin antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan China akan terus diperkukuhkan kerana ia bukan sahaja menyumbang kepada peningkatan hasil dan pelaburan negeri, tetapi juga mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang memberi kesan langsung kepada rakyat.”     ujar Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat