- Advertisement -
KUALA LUMPUR – UMNO tidak takut pada BERSATU sebaliknya UMNO hanya takut kepada individu seperti Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” kata Datuk Dr Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu mendakwa UMNO hanya takut pada individu macam Hamzah kerana suka jadi katak, pengaruhi orang jadi katak dan pakar tikam belakang macam di Sabah.
Malah kata Puad, tidak mustahil Tan Sri Muhyiddin Yassin mangsa seterusnya.
Puad mengulas kenyataan Hamzah baru-baru ini ketika berucap di Bandar Baru Uda, Johor Bahru minggu lalu.
“Saya lihat sambutan hari ini cukup luar biasa. Jika Umno tak takut, saya tak tahulah,” kata Hamzah ketika berucap dalam majlis tersebut.