Lipis Sebagai Malaysian Defence City Dijangka Mampu Rangsang Ekonomi Domestik – Abdul Rahman

- Advertisement -

CYBERJAYA – Cadangan Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai kemungkinan membangunkan Malaysia Defence City di Lipis, Pahang mendapat reaksi positif daripada Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad.

Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I berkata, cadangan tersebut jika dilaksanakan dijangka mampu merangsang ekonomi domestik dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan skala besar kepada rakyat.

“Berikutan pengumuman oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob mengenai Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) di Indonesia baru-baru ini, saya mengalukan dan menyambut baik cadangan penggubalan dasar ini.

“Saya juga menyokong penuh ulasan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein dalam Ucapan Penggulungan di Dewan Rakyat hari ini mengenai cadangan pembangunan Malaysian Defence City di Lipis,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, pemilihan Lipis sebagai lokasi pembangunan yang dicadangkan itu bersesuaian dengan kedudukannya yang strategik.

“(Pembangunan itu akan) merangsang ekonomi domestik dan meningkatkan pendapatan negara dengan mengurangkan kebergantungan dan aliran keluar wang ke luar negara serta penjimatan ke atas pertukaran mata wang asing,” ujarnya.

Beliau berkata, jika cadangan itu berjaya dilaksanakan dijangkakan dapat merendahkan nilai defisit negara dengan mengurangkan kadar perbelanjaan berikutan kos membangunkan aset pertahanan adalah sangat tinggi.

Selain itu katanya lagi, ia dapat meningkatkan keupayaan syarikat tempatan berdikari dalam bidang khusus termasuk menyediakan asset dan kelengkapan ketenteraan serta pertahanan.

“(Termasuk) menerapkan teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti Artificial Intelligence (AI) dalam produk dan sistem pengeluaran bagi memaksimakan proses automasi.

“Semoga Penggubalan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN)
dapat dimuktamadkan dan berjalan lancar seterusnya membawa limpahan manfaat yang besar kepada negara secara amnya dan kepada masyarakat Lipis khususnya,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat