Rauf tanding PRN Melaka di kubu kuat BN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dijangka bakal membuat penampilan sulung sebagai calon pilihan raya Melaka dengan merebut kerusi di kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Memetik laporan Utusan Malaysia Rauf yang juga Pengerusi UMNO Melaka dipercayai akan menjadi pertaruhan BN di kerusi DUN Tanjung Bidara di mana ia merupakan kawasan yang dianggap paling selamat untuk parti berkenaan di Melaka.

Untuk rekod, pada PRU ke-14 lalu UMNO memenangi kerusi berkenaan melalui Md Rawi Mahmud yang memperoleh 58.15 peratus daripada keseluruhan undi yang ada.

Kemenangan berlaku ketika sentimen pengundi pada 2018 lebih cenderung kepada Pakatan Harapan (PH). Ia merupakan margin kemenangan terbesar buat BN Melaka.

Pun begitu pada PRU 2018 Ab Rauf tidak bertanding dan BN gagal mendapat mandat untuk kembali menjadi kerajaan negeri. Selepas beberapa Adun PH berpaling tadah untuk menjatuhkan gabungan berkenaan, BN membentuk kerajaan negeri yang baru.

Adun Lendu dilantik menjadi ketua menteri yang baru manakala Ab Rauf dijadikan speaker DUN Melaka.

Bekas ketua menteri BN, Datuk Seri Idris Haron, beberapa kali mendakwa Sulaiman sebenarnya dikawal oleh pihak ketiga – yang merujuk kepada Ab Rauf – semasa mengetuai pentadbiran negeri.

Bagaimanapun bekas setiausaha kerja UMNO Malaysia itu menafikan dakwaan Idris.

Pada masa sama perkembangan dari semasa ke semasa politik Melaka menyaksikan Ab Rauf memainkan peranan yang ketara, termasuk mengumumkan pembubaran DUN selapas Idris bersama tiga Adun lain menarik semula sokongan mereka kepada Sulaiman.

Ia berlaku ketika nasihat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam untuk membubarkan DUN Melaka dibuat oleh Sulaiman selaku ketua menteri.

BN dijangka mengumumkan senarai calon-calon mereka esok (6 Nov). Suruhanjaya Pilihan Raya pula menetapkan hari penamaan calon pada 8 Nov, manakala hari pengundian pada 20 Nov.

Laporan Utusan Malaysia juga menyatakan BN akan mempertaruhkan ramai muka baru dalam PRN ini.

Antara mereka yang dijangka dicalonkan ialah Ketua Umno Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad di Pantai Kundor dan anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Khaidhirah Abu Zahar (Rim) serta Ketua Pemuda Umno Melaka Akmal Salleh (Merlimau).

Turut dijangka disenaraikan ialah seorang lagi anggota MKT Umno Rais Yasin (Paya Rumput), Ketua Umno Hang Tuah Jaya Ridhwan Ali (Pengkalan Batu), Timbalan Ketua Umno Hang Tuah Jaya Hasnoor Sidang Husin (Bukit Katil), Ketua Umno Kota Melaka Abdul Razak Abdul Rahman (Telok Mas) dan ahli Jawatankuasa Umno Tangga Batu Mohd Fasarul Md Isa (Sungai Udang).

Sulaiman pula dijangka kekal bertanding di Lendu. Rahmad Mariman (Molek) dan Zaidi Atan (Serkam) juga dipercayai akan kekal bertanding di kawasan masing-masing.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat