Terpulang Kepada SPR Untuk Tentukan Tarikh PRN Sarawak – Abang Johari

- Advertisement -

KUCHING – Ketua Menteri yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh pilihan raya.

Beliau berkata perbincangan mengenai agihan kerusi antara empat parti komponen yang membentuk GPS sudah sudah diadakan namun masih di peringkat awal.

“Tunggulah dulu, DUN pun baru saja dibubarkan. Speaker DUN (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar) akan membuat pemakluman secara rasmi kerana itu adalah prosedurnya.

“Sekarang, terpulang kepada SPR untuk menentukan tarikh pilihan raya dan kita akan menyerahkan kepada rakyat untuk memberikan mandat baharu bagi mentadbir negeri ini,” katanya pada sidang media khas di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Sebelum Perintah Darurat seluruh negara ditamatkan pada 11 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak bermula 2 Ogos lalu hingga 2 Februari tahun depan berikutan ancaman kepada kesihatan awam disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Berikutan pengisytiharan ini, PRN-12 yang sepatutnya diadakan selepas tempoh DUN Sarawak tamat pada 7 Jun lalu ditunda ke tarikh lain selepas Proklamasi Darurat itu ditamatkan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat