Jururawat Jumpa Peranti Kamera Di Bilik Mandi

- Advertisement -

KULIM: Seorang jururawat terkejut menemukan kamera mini selepas kotak tisu terjatuh ketika menggunakan bilik mandi di dalam wad sebuah hospital, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, jururawat berusia 30 tahun terbabit mengsyaki sesuatu yang pelik kerana peranti elektronik itu berada di dalam bilik mandi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, jururawat terbabit kemudian memaklumkan penemuan alat elektronik itu kepada rakannya sebelum membuat laporan polis.

Katanya, hasil laporan polis itu seorang lelaki yang juga kakitangan hospital terbabit ditahan untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati jururawat terbabit menemukan peranti elektronik tersebut dalam kotak tisu yang dilekatkan pada dinding bilik mandi itu.

“Jururawat itu kemudian menyerahkan kamera mini terbabit kepada polis dan seorang lelaki yang juga kakitangan hospital tersebut ditahan,” katanya di sini hari ini.

Sazalee berkata, suspek yang berusia 35 tahun ditahan pada pukul 7.20 malam hari yang sama di hadapan sebuah wad hospital terbabit.

Menurutnya, selain kamera mini, polis turut merampas pengecas mudah alih, seunit telefon bimbit, dua kad sim, kad memori dan kabel daripada suspek.

“Hasil siasatan awal, suspek mengaku membeli kamera mini itu secara dalam talian sejak sebulan lalu,” ujarnya.

Tambahnya, suspek juga mendakwa dia meletakkan kamera mini terbabit pada pukul 5 petang pada hari tersebut dan siasatan rapi masih dijalankan.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat