BERSATU Tidak Akan Berkompromi Mengenai Calon Timbalan Speaker : Wan Saiful

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak akan berkompromi dengan bakal calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat jika calon tersebut mempunyai masalah integriti dan kes yang melibatkan mahkamah.

Ketua Penerangan BERSATU, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, Pandangan Bersatu dalam isu berkait integriti dan urusan mahkamah sentiasa konsisten dan sedia diketahui umum.

Tegasnya, BERSATU boleh bersetuju dengan cadangan calon dari parti lain, tetapi runding dahulu nama calon itu kerana parti Bersatu ada prinsip tegas yang tidak akan kita kompromi.

“Sewajarnya perkara-perkara besar dalam kerajaan yang berbentuk gabungan pelbagai parti seperti yang kita ada hari ini haruslah mengambil kira pandangan semua ahli keluarga dalam kerajaan.” katanya melalui hantaran Facebooknya.

Media tempatan melaporkan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad b Maslan telah dicalonkan oleh UMNO untuk kerusi Timbalan Speaker Dewan Rakyat setelah penyandangnya Ahli Parlimen Penggerang, Datuk Seri Azalina Said Othman meletakkan jawatan.

Ahmad Maslan sedang dibicarakan kerana pertuduhan pengubahan wang haram dan memberikan kenyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung lebih RM2 juta yang diterimanya dari Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak pada tahun 2013.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat