Kampong Pisang ‘kecoh’ lagi

- Advertisement -

Istimewa sempena Hari Malaysia baru-baru ini, Astro mempersembahkan filem pendek arahan pengarah Mamat Khalid berjudul Kampong Pisang Kita Setandan. Filem pendek ini bertemakan semangat perpaduan yang wujud dalam sebuah kampung sangat terkenal di hati dan ingatan penonton iaitu Kampong Pisang.

Kisah filem pendek yang ditulis oleh Mamat ini sekali lagi menampilkan watak-watak popular seperti Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin, Faguha Jabar dan penduduk Kampong Pisang di mana mereka akan dikejutkan dengan berita gempar atau masalah yang perlu diselesaikan.

Mamat berkata filem pendek ini dihasilkan bagi menyemat semangat bersatu padu dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.

LAKONAN bersahaja Bell dan Kazar yang mencuit hati.
LAKONAN bersahaja Bell dan Kazar yang mencuit hati.

 

“Pengisian filem pendek ini bukan hanya mengenai menyatukan semua bangsa dan meraikan kepelbagaian kaum di negara tercinta, malah adat serta budaya turut diangkat agar ia sentiasa didedahkan kepada generasi muda.

“Saya harap, filem pendek ini bukan saja menghiburkan penonton dengan telatah penduduk Kampong Pisang, tetapi naskhah ini serasi dengan jiwa semua generasi dan sekali gus mampu membina naluri bangsa dan semangat bersatu hati,” katanya.

Bagi Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad pula, filem pendek istimewa itu mengetengahkan konsep perpaduan kaum menerusi karya popular Kampong Pisang.

 

MAMAT Khalid kembali dengan filem pendek Kampong Pisang Kita Setandan sempena Hari Malaysia.
MAMAT Khalid kembali dengan filem pendek Kampong Pisang Kita Setandan sempena Hari Malaysia.

 

“Menariknya, kali ini penonton dapat melihat jenama Kampong Pisang membawa mesej berbeza iaitu nilai patriotisme. Terima kasih kepada pengarah Mamat Khalid kerana sentiasa kreatif dalam menampilkan kandungan karya terbaik dan padat dengan mesej.

“Kami berharap, Kampong Pisang Kita Setandan dapat menjadi inspirasi serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat tempatan, selain bagi sambutan Hari Malaysia ini,” katanya.

Filem pendek Kampong Pisang Kita Setandan mengisahkan Teck Zee anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun, kedua-dua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya itu. Mengapa dan pasti ada sebabnya?

 

MANTAP, Aziz turut beraksi sebagai pelakon.
MANTAP, Aziz turut beraksi sebagai pelakon.

 

Di sini geng Kampong Pisang yang diketuai oleh Pak Din Pest Control mencari kepastian dan sedia membantu mencari penyelesaian demi memastikan keharmonian penduduk kampung kekal terpelihara. Berjayakah mereka dan sekali lagi ‘avengers’ Kampong Pisang beraksi.

Sehubungan itu, barisan pelakon yang membintangi filem pendek ini adalah Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman dan kemunculan istimewa, Wong Wei Tian dan Bulan Terry.

Filem pendek menarik dan menghiburkan yang berdurasi setengah jam ini dapat disaksikan penonton di Astro 25 (saluran 100) serta boleh strim platform On Demand dan Astro GO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat