Pemimpin Politik Dan Peguam Negara ke Rumah PM Pagi Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam tadi memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin, pagi ini kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan dimasuki beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa pemimpin politik serta peguam negara.

Namun maklumat terkini belum dapat dipastikan siapakah pemimpin politik yang memasuki kediaman Perdana Menteri awal pagi ini.

Terdahulu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sokongan parti itu terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ditamatkan serta merta.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tujuh kegagalan kerajaan yang digariskan sebagai syarat utama sokongan Umno terhadap kerajaan pimpinan Muhyiddin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat